22 January 2008


Berkat kesabaran akhirnya aku berjaya juga dalam SRP pada tahun 1981 dan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4 Sains 2 dan seterusnya mengambil SPM pada 1983. Pada Januari 2008 aku berpeluang menjenguk semula SMJC(CRS) yang kini tidak lagi menjadi sekolah menengah seperti dulu kerana telah dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Pelajar dipindahkan ke dua buah sekolah yang baru berdekatan dan diberi nama SMK Cochrane dan SMK Cochrane Perkasa.

Begitu juga dengan Asrama Felda,bangunannya yang aku diami dulu sudah tidak ujud lagi...sedih jugak rasanya. Ianya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan dan penghuninya dipindahkan sementara ke Jalan Pahang.

Ada sekitar 20 orang budak Felda yang ditempatkan belajar di sini. Kami dipanggil "budak felda" oleh warga sekolah ini. Tahun pertama aku rasa tertekan belajar di sini. Manakan tidaknya,inilah kali pertama berpisah dengan keluarga...jauh pulak tu. Tambah pulak di sekolah dia orang semua speaking,masa tu aku mana reti speaking. Hampir semua cikgu mengajar guna bahasa Inggeris. Masa tu aku baru je tamat sekolah rendah di SK Peroh,Ajil,Hulu Terengganu tiba-tiba masuk sekolah menengah di KL. Budak-budak dia semuanya speaking tak kira bila masa...pening aku.


Sekolah Menengah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Di sinilah tempat aku menimba ilmu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (1979-1983). Berbagai kenangan pahit dan manis di lalui di sini terutama sekali semasa di Tingkatan 1 dan 2. Maklumlah masa tu aku baru saja menjejakkan kaki di KL , datang dari sebuah rancangan FELDA di Terengganu dan tinggal di Asrama Felda di Ampang/Hulu Kelang.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER