MOTIVASI

Pengalaman adalah ilmu baru dalam hidup.

Sepanjang kehidupan anda agak-agaknya berapa tahun pengalaman hidup yang anda perolehi?  Seorang pekerja kilang mungkin berkata, "Saya dah 20 tahun kerja kilang." Adakah 20 tahun benar-benar pengalaman yang diperolehinya? Pada saya tidak semestinya. Pengalaman adalah sesuatu perkara baru yang anda pelajari. Semakin banyak perkara baru yang anda alami dalam hidup bermakna pengalaman juga turut bertambah.
Dalam bidang pekerjaan juga dinilai seperti itu. Apa pun kerjaya anda, asalkan anda tidak melakukan perkara statik dalam kerja anda pastinya anda mampu mengutip pengalaman demi pengalaman dalam kerjaya tersebut. Setiap perkara baru yang anda pelajari akan membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah kerja dan juga konflik yang melibatkan persahabatan, rakan sekerja, hubungan dengan majikan atau mungkin juga ahli keluarga.

     

Tips Bagaimana Untuk Kekalkan Kegembiraan

Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.
Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.
Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!
Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.
Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.
Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.
Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.
Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.
Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.
Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

 

Berapa kalikah Anda sujud syukur?

Tak pernah? Atau pada situasi tertentu saja? Itu maknanya Anda kurang bersyukur.
Kami sedari perkara ini apabila terbaca kebaikan dari mengamalkan sujud syukur lalu mengamalkannya. Apabila bersujud lalu melafazkan syukur sepenuh hati sehingga rasanya meresap jauh ke dalam kalbu, Anda akan jadi bersemangat serta merta. Anda rasa gembira serta merta. Entah sebab apa!
Itulah mejiknya bersyukur. Anda jadi gembira tak semena-mena. Mulai hari ini, pelajari cara untuk bersujud syukur, kemudian amalkan.
Ketika Anda bersujud syukur, ucapkan terima kasih setulus hati pada Allah Yang Maha Esa. Fikir sesuatu perkara yang Anda paling hargai sekarang ini, kemudian panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Semua yang Anda ada hari ini, semua yang Anda miliki dan semua yang Anda gunakan hari ini sebenarnya pemberian Allah Yang Maha Esa cuma disalurkan melalui orang-orang disekeliling Anda. Anda dapat membaca buku-buku motivasi kerana ada orang menulisnya untuk tatapan Anda.
Anda dapat makan nasi tengahari tadi sebab ada orang menuai padi untuk Anda, menjadi beras kemudian ada orang memasaknya untuk Anda sebelum nasi itu sampai ke tangan Anda lalu disuap ke mulut Anda.
Pernahkah Anda terfikir untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat ini?
Pernahkah Anda terfikir untuk berterima kasih pada Allah kerana Anda dapat makan nasi tiga kali sehari, bahkan sebanyak mana Anda mahu?
Latih diri Anda untuk mensyukuri perkara-perkara asas sebab latihan sebegitu akan membuat Anda jadi gembira, bersemangat sentiasa.
Kesyukuran mendalam dapat mengikis kenegatifan, syaratnya tumpukan seluruh perhatian pada perkara-perkara di sekeliling Anda,selepas itu ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana dengan izin dariNYA, Anda ada semua itu, Anda nikmati semua itu.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER