Terbuktilah penubuhan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bukan satu pembaziran.
14 February 2008
Belum pun sebulan Taman Tamadun Islam dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, sudah menampakkan hikmah si sebalik pembinaannya. Arkitek yang merekabentuk bangunannya, Julian Paul Harding,38 yang berasal dari Canberra, Australia telah memeluk agama Islam setelah menghayati kaligrafi surah Yasin di monumen 'Dome of the Rock' atau Kubah As Sakhara yang dibina di taman itu. Beliau menukar namanya kepada Juaini Julian Harding. Beliau berkata selama 10 tahun berada di Malaysia beliau tidak pernah terfikir untuk menukar agama tetapi selepas mempelajari dan menghayati kaligrafi surah Yasin yang terdapat di monumen itu, dirinya mendapat hidayah daripada Allah S.W.T
Subscribe to:
Posts (Atom)