26 January 2010

YANG TIDAK DIINGINI

MasyaAllah...apa dah jadi dengan dunia hari ini. Suatu ketika dahulu guru amat dihormati. Ibubapa tidak sekali-kali dengan secara melulu menyalahkan guru apatah lagi menyerang atau menampar guru. Mereka amat memahami tugas guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi seorang manusia, walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi seperti ibubapa sekarang.
Namun, ibubapa di zaman siber sekarang yang rata-ratanya "berpendidikan tinggi"mudah hilang pertimbangan dan kewarasan sejajar dengan tahap ilmu mereka. Apabila guru bertindak demi menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa, segera dibalas mak bapak pelajar dek termakan bulat-bulat dengan acuman anak mereka. Lalu pelajar-pelajar sekarang menjadi besar kepala, langsung tidak menghormati guru. Bukan semua pelajar yang saya maksudkan, tetapi ramai yang menjadi seperti itu dan bilangannya semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Natijahnya, guru-guru menjadi serba salah dalam melaksanakan tindakan untuk mendisiplinkan pelajar.
Akhirnya pelajar menjadi semakin liar dan guru juga yang disalahkan. Tidak mustahil di masa akan datang sekolah menjadi tempat lahirnya samseng-samseng kerana di zaman ini ramai ibu-'ibu melahirkan tuan'. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan negara kita yang tercinta.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER