21 December 2011

OneClique - Welcome to OneClique

OneClique - Welcome to OneClique
Satu lagi laman sosial baru telah muncul di dunia internet. Kali ini dua orang pemuda dari Kuantan, Pahang telah berjaya menghasilkannya dengan fungsi-fungsi yang mengujakan.

11 December 2011

Cabaran Besar

     Hari ini, Ahad 11 Disember 2011, hitam putih berkaitan hak penjagaan ke atas anakku masih belum selesai. Anak perempuanku berusia 14 tahun sudah muktamad membuat pilihannya sendiri untuk menetap bersamaku dan bersekolah di sini. Sekolah pun sudah dipilihnya sendiri. Sekolah yang paling dekat dengan tempat tinggal di sini iaitu 10 minit berkereta.
     Yang menjadi halangannya sekarang, ibunya yang menetap di Kedah bersama suami barunya berkeras tidak memberi keizinan kepada anakku untuk tinggal bersamaku. Bermatian-matian dia mahukan anak tinggal bersamanya, sedangkan anak sendiri enggan.
     Hari Rabu, 7 Disember 2011, aku sudah pun mengirim kepada bekas isteri, dokumen bertulis yang aku tolong karang di mana menyatakan persetujuannya untuk aku menjaga anakku itu dan ditandatanganinya seterusnya diposkan semula kepadaku untuk dikepilkan bersama Borang Permohonan Pertukaran Sekolah yang akan dikemukakan kepada sekolah semasa tempat anakku belajar.
     Namun, sehingga saat ini dokumen itu belum lagi tiba semula di sini. Aku kirimkan kepada bekas isteri tempohari menggunakan pos ekspres sebuah syarikat courier agar sampai ke destinasinya dengan segera. Aku juga telah sertakan satu sampul surat bersetem untuk memudahkan dia poskan kembali kepadaku. Masa semakin suntuk sekarang. Permohonan pertukaran sekolah tidak dapat diteruskan selagi belum ada dokumen kebenaran penjagaan anak dari si ibu.
    Andai kata dia tetap berkeras dan tidak dapat diubah lagi, aku terpaksa juga bawa kes ini ke mahkamah tinggi syariah di mana pihak mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada pilihan anak itu sendiri kerana usianya sudah melebihi 9 tahun.
     Seboleh-bolehnya aku mahu selesaikan masalah ini di luar mahkamah saja, dengan cara baik. Anak buat keputusan untuk tinggal bersama aku, jadi aku sebagai bapa kandungnya amat berbesar hati untuk menjaganya. Tiada langsung niat untuk 'merampas' anak dari ibunya. Walaupun dalam jagaan aku nanti, tiada halangan untuk ibunya berjumpa dengan anak bila-bila masa pun atau mengambil anak balik ke rumahnya ketika cuti sekolah.
     Jika dibawa ke mahkamah, kes ini mengambil masa yang panjang untuk selesai tambahan pula dia tinggal jauh dari sini dengan masa perjalanan selama 8 atau 9 jam untuk sampai. Jika dia tidak dapat hadir, perbicaraan akan ditangguh. Lagi pun, ini semua akan melibatkan peguam dan kosnya pula.
     Aku amat berharap agar dia dapat berlembut dan menghormati keputusan anak. Buanglah sikap egonya yang hanya mahu orang lain menuruti semua kehendaknya itu. Lagi pun, perceraian ini berlaku pun atas permintaannya. Anak tinggal bersama bapanya bukan bermakna anak itu membuang ibunya. Untuk tinggal sebumbung, mustahil kerana ibu dan bapa sudah bercerai. Mahu tak mahu anak terpaksa memilih satu antara dua, ibu atau bapa untuk dia tinggal. Inilah yang terjadi kepada semua anak yang ibubapanya bercerai.
     Kesimpulannya, kita kenalah menghormati keputusan anak-anak.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER