29 December 2014

Oh Malaysiaku 2014

Tahun 2014 menjadi tahun yang sangat derita bagi Malaysia. Bermula dengan insiden kehilangan pesawat MAS MH370 dalam bulan Mac yang masih belum ditemui sebarang tanda sehinggan ketika pos ini ditulis diikuti pula insiden satu lagi pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dalam bulan Julai. Bulan Disember pula banjir besar melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan juga negeri Perlis, Kedah, utara Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Mangsa banjir di negeri Kelantan sahaja mencecah hingga seramai 157,000 orang. Di negeri Terengganu 36,000 orang dan negeri Pahang seramai 34,000 orang. Sehingga pos ini ditulis banjir masih lagi belum berakhir. Semoga petaka ini akan segera berrakhir...aaminn.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER