03 January 2015

Harta(aset) terbaru...eh aset atau liabiliti ni?

Alhamdulillah,tanggal 29 Disember 2014 tercapai sudah niat aku untuk memiliki Honda Wave 110DX. Dalam hujan(tak berapa lebat),maklumlah sekarang ni tengah musim hujan, ku pandunya balik ke rumah dari sebuah kedai motorsikal di Kuala Terengganu. Asalnya warna merah hati (maroon) menjadi pilihanku tetapi setelah seminggu menunggu, stok masih belum sampai dan pihak kedai pun tidak tahu bila stok akan sampai kerana pada waktu itu banjir besar sedang melanda pantai timur dan hubungan jalanraya terputus. Sedangkan pada waktu itu stok Honda Wave 110DX hanya ada warna hitam dan oren sahaja. Akhirnya aku buat keputusan untuk memilih warna oren untuk menamatkan penantian itu.
Walaupun tajuk pos ini "Harta Terbaru" (aset) tapi jika dipandang dari sudut kewangan oleh orang bisnes, motorsikal yang dibeli ini sebenarnya adalah LIABILITI. Ini adalah kerana suka atau tidak suka ia akan mengeluarkan wang dari poket kita sedangkan ASET itu sepatutnya akan menambahkan wang ke dalam poket kita.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER