Video sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018. Memaparkan suasana sekitar plaza tol Kuala Terengganu di Gemuruh, LPT 2 dua hari sebelum hari raya. Kelihatan, suasananya begitu lengang berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini di mana kenderaan berbaris berkilometer panjangnya untuk melepasi plaza tol menghala keluar dari LPT 2. Bagaimana pun tidak begitu pada tahun ini. Kepada pemandu-pemandu, keadaan sebegini amat melegakan mereka yang telah menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya di kampung halaman.