19 September 2020

PASAR BESAR KEDAI PAYANG(PASAR PAYANG) BAKAL BERUBAH WAJAH

Pembangunan semula Kompleks Pasar Besar Kedai Payang adalah untuk menggantikan Pasar Besar Kedai Payang lama yang sudah usang,tidak selamat untuk digunakan, sistem perniagaan yang tidak teratur, ruang kurang selesa, sempit dan lambakan peniaga yang tidak cukup ruang. Komponen Pasar Besar Kedai Payang yang baru meliputi: • tempat perniagaan sementara yang terdiri daripada 1 tingkat dengan cadangan keluasan lantai ialah 8,900sqm bagi menempatkan seramai 530 bilangan peniaga, serta 6 orang pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) serta kemudahan asas seperti tandas, tandas OKU serta bilik persalinan bayi. • meroboh dan membina semula Pasar Kedai Payang lama dengan keluasan lantai 18,470sqm serta kapasiti lot perniagaan sebanyak 600 serta penambahan luas kedai serta luas ruang legar bagi keselesaan para peniaga dan pengunjung, serta kemudahan asas lain seperti tandas, tandas OKU, bilik persalinan bayi, escalator, dan kemudahan lif. • meroboh dan membina semula Surau Datuk Amar bagi menyediakan ruang solat lebih besar dan selesa, serta mampu menempatkan lebih ramai Jemaah solat (Anggaran 240 orang berbanding 80 orang Jemaah), serta kemudahan asas seperti tempat wudhu. • pembinaan bangunan, kerja-kerja lain yang terlibat dengan projek ini ialah kerja-kerja infrastruktur seperti jalan masuk, lampu jalan, pembinaan landskap bagi merancakkan aktiviti perniagaan 24 jam seperti yang dicadangkan oleh MBKT. • membina semula Menara Jam sebagai mercu tanda Pasar Kedai Payang Kompleks Pasar Besar Kedai Payang adalah sinonim dengan Kuala Terengganu sebagai pusat ekonomi setempat dan pusat tarikan pelancong yang kaya dengan hasil produk tradisional kebanggaan Terengganu seperti batik, sutera dan keropok. ----------------------------------------------------------------------

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER