25 December 2010

Hadir ke BOP Akademi Taipan 181 di Safira Country Club pada 15 Disember 2010. CDM Wan Mahadzi dari Kuala Lumpur adalah salah seorang drp beberapa orang CDM yang turut hadir pada malam tu. Selepas majlis tamat aku tidak melepaskan peluang utk mengabadikan kenangan bersama CDM Wan Mahadzi di Safira Country Club. Selepas ini aku berpindah ke negeri kelahiranku, Terengganu. Tidak dapat lagi aku hadir ke Safira Country Club setiap minggu seperti sebelum ini.

24 December 2010

AKADEMI TAIPAN 181


Selepas kelas pengukuhan utk pengedar-pengedar Hai-o group Taipan 181 di stokis Hai-O Bukit Jambul, P.Pinang pada 25 Nov 2010. Makan sambil berbual tentang bisnes bersama CDM Fitri,pemimpin hebat kawasan utara.

09 December 2010

MENJADI ORANG HEBAT

10 KEPERCAYAAN UTAMA /CORAK PEMIKIRAN ORANG HEBAT
1. Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
2. Daya yang menetukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
3. Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
4. Terdapat hikmah di sebalik kepayahan.
5. Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
6. Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
7. Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
8. Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
9. Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
10. Anda memerlukan sokongan dan kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

06 December 2010

Anugerah CDM 2010 - 4 Disember 2010

Sambutan Ulang Tahun Ke 18 Hai-O Marketing Sdn Bhd Dan Penyampaian Anugerah Crown Diamond Manager (CDM) 2010.

Sambutan Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dan Penyampaian Anugerah CDM 2010 adalah yang pertama kali aku hadir selepas lebih 3 bulan aku menyertai Hai-O di bawah Kumpulan Taipan 181. Aku bersama rakan-rakan bertolak dengan 2 buah bas pada pukul 7.00 pagi 4 Disember 2010 dari Seberang Jaya, Seberang Perai, P.Pinang.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sedang menyampaikan ucapan perasmian di pentas utama.


Di luar stadium, ketika usahawan-usahawan Hai-O dan para hadirin mula tiba.

Di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam...baru sampai.

Sebahagian dari pemandangan di pekarangan Stadium Malawati.

Sebahagian lagi pemandangan di pekarangan stadium.

Aku bersama rakan-rakan kongsi (downline) aku yang dikasihi.

Sebahagian dari pemandangan di dalam stadium ketika berlangsungnya majlis.

En.David Lau mengacarakan majlis untuk segmen pembukaan dan penutup. Beliau juga mengendalikan segmen cabutan tiket bertuah di mana hadiah utama merupakan sebuah kereta Suzuki Swift VVT DOHC 1.5A/T. Hadiah kedua sebuah motorsikal Kawasaki Ninja KRR ZX150 dan 50 hadiah lain.

CDM Abdul Manab bin Hasan (Paksu Manab), anggota Taipan 181 Utara merupakan salah seorang penerima anugerah pada tahun ini.

Sekitar 7 ribu orang telah memenuhi ruang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sebahagian para CDM bergambar kenangan.

28 November 2010

Taipan 181 Bersama dan Bersatu

Beginilah suasana kelas Akademi Taipan 181 saban minggu di Safira Club, Seb.Jaya. Sentiasa penuh sesak dengan rakan kongsi yang semakin bertambah setiap minggu dan juga mereka yang pertama kali hadir untuk mengintai peluang sebelum menyertai Taipan 181.

TAIPAN 181

24 Nov.2010 - Safira Club,Seb.Jaya,P.Pinang : Kelas Akademi Taipan 181 diadakan seperti biasa setiap hari Rabu bermula jam 8.45 malam. Aku hadir setiap minggu dengan niat menimba sebanyak mungkin ilmu dari mereka yang telah berjaya. Di samping itu dapat juga aku bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Bagaimana pun hari ini ada satu kelainan di mana aku telah dijemput oleh mc untuk bercakap di hadapan para hadirin,sebabnya aku baru saja mendapat pangkat Sales Manager. Walau pun ini adalah pangkat yang paling bawah di dalam Hai-O tetapi ini merupakan langkah pertama menuju ke pangkat CDM iaitu pangkat tertinggi. Aku amat yakin jika aku teruskan usaha dan kekal bersama Taipan 181, CDM adalah ganjarannya. Go Go Go Taipan!!

17 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Crown Diamond Manager(CDM) Wan Suriani Wan Ahmad, bekas guru dari Kelantan telah mencapai pangkat CDM(pangkat tertinggi) dalam masa setahun dua bulan di mana selepas empat bulan bersama Akademi Taipan 181, beliau telah merasa melancong percuma ke Paris. Baru-baru ini iaitu pada 13 Okt. 2010 beliau bersama beberapa pemimpin Akademi Taipan 181 dari Kelantan telah berkunjung ke Akademi Taipan 181 Penang di Safira Club, Seberang Jaya, P.Pinang.

16 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Lagu membakar semangat untuk ahli-ahli Akademi Taipan 181.

AKADEMI TAIPAN 181

DSM Shukri Shuid adalah seorang anggota polis berpangkat konstabel dan bertugas di IPD Baling, Kedah. Beliau telah meletak jawatan selepas lapan bulan menyertai Akademi Taipan 181 kerana yakin dengan jaminan masa depan yang dapat diberi oleh Akademi Taipan 181. Beliau juga mampu memiliki sebuah kereta mewah, Honda Accord dalam usia beliau 21 tahun setelah hanya 4 bulan menyertai Akademi Taipan 181.

AKADEMI TAIPAN 181

Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang telah meletak jawatan untuk memberi komitmen seratus peratus kepada Akademi Taipan 181.

15 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Sebahagian yang hadir ke kelas mingguan Akademi Taipan 181 pada hari Rabu 13 Okt 2010. Ramai yang pertama kali hadir untuk mengetahui dgn lebih lanjut bagaimana Akademi Taipan 181 membimbing mereka dlm perniagaan. Ahli-ahli pun semakin bertambah menyebabkan dewan penuh sesak setiap minggu.
Bersama CDM Kamaruddin, pemimpin tertinggi Akademi Taipan 181 ketika menghadiri satu program Akademi Taipan 181 di The Mines Resort, Sri Kembangan.

Aku bersama ahli-ahli Akademi Taipan 181 dan pemimpin-pemimpin hebat, CDM Kamaruddin(kedua dari kiri), CDM Mohd Nasir Hassan(ketiga dari kiri) dan DSM Mohd Shukri Shuid(keempat dari kiri) selepas berlangsungnya program Aroma Terapi Minda di Ballroom Safira Club, Bandar Sunway, Seb. Jaya, P. Pinang pada 2 Okt 2010.


01 October 2010

PROGRAM AROMA TERAPI MINDA

Kad jemputan ke Program Aroma Terapi Minda(utara) anjuran Akademi Taipan 181 Penang. Program berlangsung pada 2hb Oktober 2010 di ballroom Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1 tengahari. Untuk maklumat lanjut sila klik www.taipan181penang.blogspot.com

05 September 2010

AKADEMI TAIPAN 181

INSYAALLAH SUATU HARI AKU AKAN BERADA DI SINI. MAHU ATAU TIDAK AKU WAJIB BERUSAHA MENCAPAI IMPIAN INI DENGAN APA DAYA SEKALIPUN. AKU PASTI AKAN TINGGALKAN KEADAAN HIDUP SEPERTI SEKARANG INI KEPADA YANG JAUH LEBIH BERCAHAYA DAN GEMILANG DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN TAIPAN 181...PASTI...PASTI...PASTI !!!

AKADEMI TAIPAN 181


TANGGAL 18 OGOS 2010 AKU DENGAN RASMINYA TELAH MENYERTAI AKADEMI TAIPAN 181. SETELAH DIBERI PENERANGAN YANG JELAS DAN MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH MEREKA YANG LEBIH DAHULU MENYERTAINYA, AKU PENUH YAKIN INILAH PELUANG UNTUK AKU BANGKIT KEMBALI SETELAH DIHINA DENGAN SEBESAR-BESAR PENGHINAAN OLEH ISTERIKU SENDIRI YANG KINI TELAH MENJADI JANDAKU(ATAS PERMINTAAN DAN DESAKANNYA). AKANKU BUKTIKAN, HIDUP SUSAH TIDAK BERERTI SELAMA-LAMANYA SUSAH SELAGI NYAWA MASIH DI BADAN.

26 January 2010

YANG TIDAK DIINGINI

MasyaAllah...apa dah jadi dengan dunia hari ini. Suatu ketika dahulu guru amat dihormati. Ibubapa tidak sekali-kali dengan secara melulu menyalahkan guru apatah lagi menyerang atau menampar guru. Mereka amat memahami tugas guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi seorang manusia, walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi seperti ibubapa sekarang.
Namun, ibubapa di zaman siber sekarang yang rata-ratanya "berpendidikan tinggi"mudah hilang pertimbangan dan kewarasan sejajar dengan tahap ilmu mereka. Apabila guru bertindak demi menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa, segera dibalas mak bapak pelajar dek termakan bulat-bulat dengan acuman anak mereka. Lalu pelajar-pelajar sekarang menjadi besar kepala, langsung tidak menghormati guru. Bukan semua pelajar yang saya maksudkan, tetapi ramai yang menjadi seperti itu dan bilangannya semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Natijahnya, guru-guru menjadi serba salah dalam melaksanakan tindakan untuk mendisiplinkan pelajar.
Akhirnya pelajar menjadi semakin liar dan guru juga yang disalahkan. Tidak mustahil di masa akan datang sekolah menjadi tempat lahirnya samseng-samseng kerana di zaman ini ramai ibu-'ibu melahirkan tuan'. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan negara kita yang tercinta.

14 November 2009

Tanggal 10 Nov. 2009, bawa murid-murid melawat Kuala Lumpur. Murid yang mengikuti rombongan pada kali ini adalah seramai 72 orang dengan diiringi 9 orang guru termasuk isteri dan kakitangan lain.
Program lawatan kali ini lain dari sebelumnya kerana kali ini menggunakan keretapi untuk sampai ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur barulah menggunakan bas (dan juga LRT) untuk ke destinasi-destinasi yang telah dirancang.

Menaiki keretapi di stesen Sg. Petani untuk ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun kami terpaksa menunggu selama lebih kurang 3 jam kerana kelewatan keretapi tiba di Sg. Petani. Tiba di KL Sentral pada jam 9.20 pagi.


22 July 2009

Tertinggi di dunia / The tallest in the world

Manusia paling tinggi di dunia datang berkunjung ke Taman Mutiara, Kulim, Kedah pada 22 Julai 2009. Aku mengambil kesempatan bergambar kenang-kenangan dengan beliau di tapak ekspo dan karnival jualan Taman Mutiara.
Tingginya, wow... 8 kaki 4 inci, berasal dari Pakistan dan berusia 27 tahun.

04 July 2009

Dua hari sebelum pergi buat selamanya


Michael Jackson sedang melakukan raptai untuk Konsert "This Is It" yang akan diadakan di London pada Julai 2009. Bagaimanapun konsert tersebut tidak menjadi kenyataan apabila beliau meninggal dunia secara mengejut dan penuh kontroversi.

22 June 2009

A. Ramlie - Pepatah Pujangga

Sebuah lagu yang amat patut didengar dan dihayati sepehuhnya kerana ianya memberi keinsafan kepada kita, umat muslimin dan muslimat.

26 May 2009

Visit Melaka

Di puncak Menara Taming Sari, Bandar Hilir, Melaka.

Patung Laksamana Hang Tuah di dalam perut replika kapal Portugis, Flore de La Mar.


Beca untuk pelancong dengan bayaran RM20 (1 beca) selama 1 jam mengelilingi Bandar Hilir.

Hotel Formosa Garden,tempat penginapan kami sekeluarga ketika bercuti di Melaka pada awal Mei 2009.

25 May 2009

Let's think of it

These days… parents lack of free time… don't really mind their children. The kids left astrayed and easily get involved into something bad… My points are, parents are the first teachers for the kids.. if the parents ignored the kids where would they go for when looking for help, etc….

24 April 2009

WANITA : DI MANA HILANGNYA MALU?


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

06 March 2009

HUKUMAN ROTAN KAEDAH TERBAIK

Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pelajar
Oleh Mohd Fikri Che Hussain

LAPORAN media mengenai sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak yang berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube cukup menggemparkan. Begitu juga kes sekumpulan pelajar yang dikatakan membelasah seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi sehingga mati amat membimbangkan banyak pihak.
Klik sini untuk baca lagi.

THE USE OF WORD 'ALLAH'

NON-MUSLIMS CANNOT USE WORD 'ALLAH' - EX IMAM
KUALA LUMPUR, March 5 (Bernama) -- A former grand imam of the National Mosque told the Dewan Rakyat today that the word "Allah" based on the belief of Muslims, cannot be used by the non-Muslims.
Taib Azamudden Mat Taib who is Pas representative for Baling, said this was because the meaning of Allah to other religions was different from the meaning of Allah to Islam.
Read more

27 February 2009

SKTAI-Janji Kita

Wakil Daerah Hulu Terengganu pada Pertandingan Bakat Muzikal Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2005 iaitu SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang muncul juara. Tahniah.
Saya kagum dengan kesungguhan dan keupayaan murid-murid ini dan juga kejayaan guru melatih mereka sehingga ke tahap ini.
Tahniah.

01 February 2009

Umat Akhir Zaman

Buat pengunjung yang budiman, sila baca keratan akhbar di atas dan renung-renungkanlah apa yang telah menimpa umat Islam di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya. Sama-samalah kita mencari jalan menghapuskan akhlak yang rosak ini terutama sekali bagi pihak-pihak yang berwajib.

Umat Akhir Zaman

Inilah visual di salah satu lokasi di Water Front Kuala Terengganu. Botol-botol arak bertaburan membuktikan amalan meminum arak di tempat terbuka telah berleluasa dan dilakukan oleh anak muda Melayu beragama Islam. Mereka sudah rosak akidah dan rosak akhlak. Amat menyedihkan.

31 January 2009

Kugan not a hero

First and foremost, let me wish the family of the late A. Kugan my deepest condolences. They have lost a son, in a way that no one should. Their loss is irreplaceable. Period.

Having said that, Kugan is not a hero. I think people should stop making him look like an innocent person victimised by police brutality. read more

26 December 2008

History

FRANCIS LIGHT BUKAN ORANG PERTAMA BUKA PULAU PINANG?
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut,ok.

23 December 2008

Telefon Bimbit

Telefon bimbit pada hari ini merupakan salah satu alat komunikasi paling penting dan paling banyak digunakan. Penggunanya pula semakin bertambah dari sehari ke sehari dan akan terus bertambah. Ini bermakna permintaan prepaid topup juga akan terus bertambah.
Maka,marilah kita ambil peluang ini untuk menambahkan pendapatan dengan mendaftarkan diri sebagai ejen MyMode.
KLIK DI SINI
Jika benar-benar komited,tidak mustahil hasil yang diperolehi akan melebihi gaji kita sekarang.

Sekurang-kurangnya ia memudahkan kita menambah nilai kredit prabayar telefon bimbit bila kehabisan dengan hanya menghantar sms walau di mana dan bila sekalipun. Tidak perlu keluar ke kedai telefon atau kedai-kedai menjual topup. Bayangkan anda kehabisan kredit di tengah-tengah lebuhraya pada pukul 2/3 pagi sedangkan waktu itu anda amat perlu berhubung dengan seseorang/sesuatu pihak.
DAFTAR SEKARANG(sebagai ahli percuma dulu)

17 December 2008

LABBAYKALLAH

24th November 2008, sent my parents to Sultan Mahmud Airport in Kuala Terengganu where they boarded the MAS Boeing 747 to fly to Jeddah and then to Mecca to do the hajj, the fifth of the five pillars of Islam. They took off at 8.00 p.m. for the flight of eight hours.

22 October 2008

Newlook airport

Terminal baru yang jauh lebih besar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu seiring dengan proses menaiktarafkannya menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Newlook airport

Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu menerima pendaratan pesawat MAS Boeing 747 buat pertama kali pada Oktober 2008. Kelihatan di belakang ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

08 October 2008

Recreation

Batu Burok Beach is the most popular beach in Terengganu because of its wide sandy beach and it is the nearest from Kuala Terengganu City. Therefore,it is easier for the tourists to get there.

After a long time

My children with their cousins at my parents' home during the 'balik kampung' for the recent hari raya. Hari Raya has gathered us at our parents' home every year.

cousins


My nephews enjoying themselves at the beach of Kg.Mengabang Telipot,Kuala Terengganu during 'hari raya' season recently, after visiting the relatives. The smaller one(my youngest brother's son) is living in Kedah while the other one(my younger brother's son) is living in Terengganu. So,they were very happy to see each other during the festival.

10 September 2008

Kuala Terengganu, Malaysia


The view of Kuala Terengganu City from Pulau Duyong(Duyong Island) marina. Pulau Duyong is situated in the Sungai Terengganu(Terengganu River) opposite the city. Here, on this island we can see the traditional and modern boat making. Hotel and resorts are also available here. Welcome to the State of Terengganu.


DI MANA KALIAN/where are you friends

My close friends when I was staying at ASRAMA FELDA KUALA LUMPUR, Jln. AU2C, Ampang/Hulu Kelang, K. Lumpur. This photo was taken in 1982 or 1983(I can't remember) just after the nasyid competition. We were always together...but now where are you my dear friends. After the SPM 1983,we returned to our hometown and never met again. Do contact me.
From right : Rosli Zakaria(Roza) from Negeri Sembilan
Nordin Bokhari from Johor
Khairulnisa Nashuri from Johor
Me(Azam Hasim) from Terengganu



04 September 2008

bm thn 5


Bahasa Melayu Tahun 5

From: cikgupaklong, 1 month ago


Bahasa Melayu Tahun 5
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: bahan bahasa)



bahan pengajaran bahasa melayu tahun 5


SlideShare Link

19 August 2008

Specially dedicated to my sweetheart

Sale carnival site at Taman Mutiara,Sg.Kob,Kulim,Kedah,Malaysia in February 2008. Just singing for fun for the carnival visitors but deep in my heart it's specially dedicated to my sweetheart...my wife actually.

Hobi masa lapang

January 2008 visited Kuala Lumpur with family. Lodged at my friend's house at Bandar Damansara for three nights as we were asked. They were so proud with our visit.

10 August 2008

TUGAS GURU ZAMAN INI

Aku minat dan sayang profesion keguruan yang aku ceburi ini. Kerana itu aku sanggup kurangkan masa tidur aku demi menyempurnakan pengajaranku di kelas keesokannya,sebaik mungkin. Ditambah pula dengan sokongan sebuah komputer riba yang dibekalkan pihak kementerian. Semangatku berkobar-kobar untuk memberikan persembahan yang dapat menarik minat murid-murid belajar bahasa Inggeris menggunakan multimedia.
Bagaimanapun,akhir-akhir ini aku rasa bagaikan terlalu letih untuk terus mengekalkan momentum kerja seperti dulu. Aku tidak lagi punya banyak waktu seperti suatu ketika dulu untuk menyiapkan persembahan-persembahan multimedia bagi menarik minat dan memudahkan penerimaan murid dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Ini adalah lantaran aku, seperti jugak guru-guru lain zaman ini, kelihatannya harus mengutamakan kerja-kerja seperti seorang kerani atau seorang pekerja pejabat. Banyak fail dan kertas-kertas dokumentasi yang harus ditangani untuk dikirim ke pihak atasan.
Lalu, masuklah aku ke kelas dengan persediaan yang aku sendiri tidak berpuashati dan keluar dari kelas di akhir pengajaran dengan hati yang terbuku dan terkilan kerana tidak dapat menyampaikan yang terbaik kepada anak didikku, anak bangsaku.

14 July 2008

BISNES DI HUJUNG JARI 24 JAM DI MANA SAJA

Untuk semua yang membaca tulisan saya ini,di sini besarlah hati saya jika saudara/saudari bersama-sama menyertai saya dalam bisnes ini. Dengan modal sekecil RM65,insyaallah kita mampu mendapat pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh. Ooops...ini bukan skim cepat kaya atau saham internet. Bisnes ini menjual produk yang wajib dibeli oleh kebanyakan orang pada hari ini.... PREPAID.
Apa-apa hal pun tengok sini dulu http://prepaid4u.net/?id=azamaju

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER