25 December 2010

Hadir ke BOP Akademi Taipan 181 di Safira Country Club pada 15 Disember 2010. CDM Wan Mahadzi dari Kuala Lumpur adalah salah seorang drp beberapa orang CDM yang turut hadir pada malam tu. Selepas majlis tamat aku tidak melepaskan peluang utk mengabadikan kenangan bersama CDM Wan Mahadzi di Safira Country Club. Selepas ini aku berpindah ke negeri kelahiranku, Terengganu. Tidak dapat lagi aku hadir ke Safira Country Club setiap minggu seperti sebelum ini.

24 December 2010

AKADEMI TAIPAN 181


Selepas kelas pengukuhan utk pengedar-pengedar Hai-o group Taipan 181 di stokis Hai-O Bukit Jambul, P.Pinang pada 25 Nov 2010. Makan sambil berbual tentang bisnes bersama CDM Fitri,pemimpin hebat kawasan utara.

09 December 2010

MENJADI ORANG HEBAT

10 KEPERCAYAAN UTAMA /CORAK PEMIKIRAN ORANG HEBAT
1. Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
2. Daya yang menetukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
3. Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
4. Terdapat hikmah di sebalik kepayahan.
5. Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
6. Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
7. Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
8. Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
9. Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
10. Anda memerlukan sokongan dan kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

06 December 2010

Anugerah CDM 2010 - 4 Disember 2010

Sambutan Ulang Tahun Ke 18 Hai-O Marketing Sdn Bhd Dan Penyampaian Anugerah Crown Diamond Manager (CDM) 2010.

Sambutan Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dan Penyampaian Anugerah CDM 2010 adalah yang pertama kali aku hadir selepas lebih 3 bulan aku menyertai Hai-O di bawah Kumpulan Taipan 181. Aku bersama rakan-rakan bertolak dengan 2 buah bas pada pukul 7.00 pagi 4 Disember 2010 dari Seberang Jaya, Seberang Perai, P.Pinang.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sedang menyampaikan ucapan perasmian di pentas utama.


Di luar stadium, ketika usahawan-usahawan Hai-O dan para hadirin mula tiba.

Di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam...baru sampai.

Sebahagian dari pemandangan di pekarangan Stadium Malawati.

Sebahagian lagi pemandangan di pekarangan stadium.

Aku bersama rakan-rakan kongsi (downline) aku yang dikasihi.

Sebahagian dari pemandangan di dalam stadium ketika berlangsungnya majlis.

En.David Lau mengacarakan majlis untuk segmen pembukaan dan penutup. Beliau juga mengendalikan segmen cabutan tiket bertuah di mana hadiah utama merupakan sebuah kereta Suzuki Swift VVT DOHC 1.5A/T. Hadiah kedua sebuah motorsikal Kawasaki Ninja KRR ZX150 dan 50 hadiah lain.

CDM Abdul Manab bin Hasan (Paksu Manab), anggota Taipan 181 Utara merupakan salah seorang penerima anugerah pada tahun ini.

Sekitar 7 ribu orang telah memenuhi ruang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sebahagian para CDM bergambar kenangan.

28 November 2010

Taipan 181 Bersama dan Bersatu

Beginilah suasana kelas Akademi Taipan 181 saban minggu di Safira Club, Seb.Jaya. Sentiasa penuh sesak dengan rakan kongsi yang semakin bertambah setiap minggu dan juga mereka yang pertama kali hadir untuk mengintai peluang sebelum menyertai Taipan 181.

TAIPAN 181

24 Nov.2010 - Safira Club,Seb.Jaya,P.Pinang : Kelas Akademi Taipan 181 diadakan seperti biasa setiap hari Rabu bermula jam 8.45 malam. Aku hadir setiap minggu dengan niat menimba sebanyak mungkin ilmu dari mereka yang telah berjaya. Di samping itu dapat juga aku bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Bagaimana pun hari ini ada satu kelainan di mana aku telah dijemput oleh mc untuk bercakap di hadapan para hadirin,sebabnya aku baru saja mendapat pangkat Sales Manager. Walau pun ini adalah pangkat yang paling bawah di dalam Hai-O tetapi ini merupakan langkah pertama menuju ke pangkat CDM iaitu pangkat tertinggi. Aku amat yakin jika aku teruskan usaha dan kekal bersama Taipan 181, CDM adalah ganjarannya. Go Go Go Taipan!!

17 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Crown Diamond Manager(CDM) Wan Suriani Wan Ahmad, bekas guru dari Kelantan telah mencapai pangkat CDM(pangkat tertinggi) dalam masa setahun dua bulan di mana selepas empat bulan bersama Akademi Taipan 181, beliau telah merasa melancong percuma ke Paris. Baru-baru ini iaitu pada 13 Okt. 2010 beliau bersama beberapa pemimpin Akademi Taipan 181 dari Kelantan telah berkunjung ke Akademi Taipan 181 Penang di Safira Club, Seberang Jaya, P.Pinang.

16 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Lagu membakar semangat untuk ahli-ahli Akademi Taipan 181.

AKADEMI TAIPAN 181

DSM Shukri Shuid adalah seorang anggota polis berpangkat konstabel dan bertugas di IPD Baling, Kedah. Beliau telah meletak jawatan selepas lapan bulan menyertai Akademi Taipan 181 kerana yakin dengan jaminan masa depan yang dapat diberi oleh Akademi Taipan 181. Beliau juga mampu memiliki sebuah kereta mewah, Honda Accord dalam usia beliau 21 tahun setelah hanya 4 bulan menyertai Akademi Taipan 181.

AKADEMI TAIPAN 181

Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang telah meletak jawatan untuk memberi komitmen seratus peratus kepada Akademi Taipan 181.

15 October 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Sebahagian yang hadir ke kelas mingguan Akademi Taipan 181 pada hari Rabu 13 Okt 2010. Ramai yang pertama kali hadir untuk mengetahui dgn lebih lanjut bagaimana Akademi Taipan 181 membimbing mereka dlm perniagaan. Ahli-ahli pun semakin bertambah menyebabkan dewan penuh sesak setiap minggu.
Bersama CDM Kamaruddin, pemimpin tertinggi Akademi Taipan 181 ketika menghadiri satu program Akademi Taipan 181 di The Mines Resort, Sri Kembangan.

Aku bersama ahli-ahli Akademi Taipan 181 dan pemimpin-pemimpin hebat, CDM Kamaruddin(kedua dari kiri), CDM Mohd Nasir Hassan(ketiga dari kiri) dan DSM Mohd Shukri Shuid(keempat dari kiri) selepas berlangsungnya program Aroma Terapi Minda di Ballroom Safira Club, Bandar Sunway, Seb. Jaya, P. Pinang pada 2 Okt 2010.


01 October 2010

PROGRAM AROMA TERAPI MINDA

Kad jemputan ke Program Aroma Terapi Minda(utara) anjuran Akademi Taipan 181 Penang. Program berlangsung pada 2hb Oktober 2010 di ballroom Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1 tengahari. Untuk maklumat lanjut sila klik www.taipan181penang.blogspot.com

05 September 2010

AKADEMI TAIPAN 181

INSYAALLAH SUATU HARI AKU AKAN BERADA DI SINI. MAHU ATAU TIDAK AKU WAJIB BERUSAHA MENCAPAI IMPIAN INI DENGAN APA DAYA SEKALIPUN. AKU PASTI AKAN TINGGALKAN KEADAAN HIDUP SEPERTI SEKARANG INI KEPADA YANG JAUH LEBIH BERCAHAYA DAN GEMILANG DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN TAIPAN 181...PASTI...PASTI...PASTI !!!

AKADEMI TAIPAN 181


TANGGAL 18 OGOS 2010 AKU DENGAN RASMINYA TELAH MENYERTAI AKADEMI TAIPAN 181. SETELAH DIBERI PENERANGAN YANG JELAS DAN MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH MEREKA YANG LEBIH DAHULU MENYERTAINYA, AKU PENUH YAKIN INILAH PELUANG UNTUK AKU BANGKIT KEMBALI SETELAH DIHINA DENGAN SEBESAR-BESAR PENGHINAAN OLEH ISTERIKU SENDIRI YANG KINI TELAH MENJADI JANDAKU(ATAS PERMINTAAN DAN DESAKANNYA). AKANKU BUKTIKAN, HIDUP SUSAH TIDAK BERERTI SELAMA-LAMANYA SUSAH SELAGI NYAWA MASIH DI BADAN.

26 January 2010

YANG TIDAK DIINGINI

MasyaAllah...apa dah jadi dengan dunia hari ini. Suatu ketika dahulu guru amat dihormati. Ibubapa tidak sekali-kali dengan secara melulu menyalahkan guru apatah lagi menyerang atau menampar guru. Mereka amat memahami tugas guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi seorang manusia, walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi seperti ibubapa sekarang.
Namun, ibubapa di zaman siber sekarang yang rata-ratanya "berpendidikan tinggi"mudah hilang pertimbangan dan kewarasan sejajar dengan tahap ilmu mereka. Apabila guru bertindak demi menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa, segera dibalas mak bapak pelajar dek termakan bulat-bulat dengan acuman anak mereka. Lalu pelajar-pelajar sekarang menjadi besar kepala, langsung tidak menghormati guru. Bukan semua pelajar yang saya maksudkan, tetapi ramai yang menjadi seperti itu dan bilangannya semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Natijahnya, guru-guru menjadi serba salah dalam melaksanakan tindakan untuk mendisiplinkan pelajar.
Akhirnya pelajar menjadi semakin liar dan guru juga yang disalahkan. Tidak mustahil di masa akan datang sekolah menjadi tempat lahirnya samseng-samseng kerana di zaman ini ramai ibu-'ibu melahirkan tuan'. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan negara kita yang tercinta.

14 November 2009

Tanggal 10 Nov. 2009, bawa murid-murid melawat Kuala Lumpur. Murid yang mengikuti rombongan pada kali ini adalah seramai 72 orang dengan diiringi 9 orang guru termasuk isteri dan kakitangan lain.
Program lawatan kali ini lain dari sebelumnya kerana kali ini menggunakan keretapi untuk sampai ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur barulah menggunakan bas (dan juga LRT) untuk ke destinasi-destinasi yang telah dirancang.

Menaiki keretapi di stesen Sg. Petani untuk ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun kami terpaksa menunggu selama lebih kurang 3 jam kerana kelewatan keretapi tiba di Sg. Petani. Tiba di KL Sentral pada jam 9.20 pagi.


22 July 2009

Tertinggi di dunia / The tallest in the world

Manusia paling tinggi di dunia datang berkunjung ke Taman Mutiara, Kulim, Kedah pada 22 Julai 2009. Aku mengambil kesempatan bergambar kenang-kenangan dengan beliau di tapak ekspo dan karnival jualan Taman Mutiara.
Tingginya, wow... 8 kaki 4 inci, berasal dari Pakistan dan berusia 27 tahun.

04 July 2009

Dua hari sebelum pergi buat selamanya


Michael Jackson sedang melakukan raptai untuk Konsert "This Is It" yang akan diadakan di London pada Julai 2009. Bagaimanapun konsert tersebut tidak menjadi kenyataan apabila beliau meninggal dunia secara mengejut dan penuh kontroversi.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER