20 October 2007



Pandangan dari lobi Perpustakaan Awam Negeri, Terengganu. Berkunjunglah ke gedung ilmu ini yang menyediakan pelbagai sumber ilmu. Rakyat Berilmu, Negara Maju.

View from the lobby of State Public Library, Terengganu. You are welcomed to this library which gives knowledge through varieties of media.

It is located at Padang Hiliran, Kuala Terengganu and just a walking distance from the Mydin Hypermarket and Giant Hypermarket.

07 October 2007

Monsoon Cup Venue



A scenic camera view from the marina at The Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyung, Kuala Terengganu. The Monsoon Cup Tournament is held here annually in November.

16 September 2007



KEMPEN TAK NAK MEROKOK

Satu kempen yang sangat murni.

Tanggungjawab Setiap Muslim

Sekarang orang sungguh sibuk dengan kempen berhenti merokok. Ini satu perkembangan yang baik kerana kesedaran tentang tabiat yang buruk itu semakin meningkat. Saya amat gembira melihat paparan dan kata-kata yang menggambarkan buruknya tabiat merokok ini, di media elektronik, media cetak, tepi jalanraya maupun dalam perbualan-perbualan di mana-mana.
Bagaimanapun, saya sebagai seorang Melayu Islam merasa sangat kesal mengapa tidak perkara yang sama dilakukan terhadap gadis-gadis dan wanita-wanita yang bukan sahaja menentang Allah S.W.T dengan tidak menutup aurat bahkan telah mengejekNya. Mengubah warna rambut, memakai pakaian sendat yang menampakkan bentuk tubuh, sengaja mendedahkan bahagian dada dan sebagainya. Apakah ini semua baik? Semua orang Islam yang membaca tulisan saya ini tahu jawabannya.
Mereka yang melakukannya mendakwa "mengikuti perkembangan fesyen/trend terkini". Di sinilah tertonjolnya kelemahan iman gadis-gadis dan wanita- wanita Islam.
Wahai GADIS-GADIS DAN WANITA-WANITA ISLAM, ketahuilah bahawa fesyen yang tidak menutup aurat itu dicipta oleh orang kafir yang menjadi perantaraan syaitan untuk merosakkan iman orang Islam. Mengapa kita mesti mengikut fesyen/trend itu? Wajibkah hukumnya fesyen/trend itu diikuti? Masih banyak fesyen yang menutup aurat yang boleh dipakai. Mereka(orang kafir) tidak pula memakai atau mengikut fesyen orang Islam. SEDARLAH WAHAI KAUM HAWA.

12 September 2007

SELAMAT DATANG/WELCOME


Di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyung, Kuala Terengganu - September, 2007.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER