12 September 2013

Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) 2013

Tahun ini aku ditugaskan mengawas Peperiksaan UPSR dengan jawatan Timbalan Ketua Pengawas  di SK Padang Setar, Kuala Berang bermula pada 10 September dan berakhir pada 12 September 2013. Sekolah ini terletak di laluan ke Hutan Lipur Sekayu dan tidak jauh dari hutan lipur tersebut iaitu kira-kira 4km sahaja dan 12km dari Pekan Kuala Berang. Jarak dari rumah aku pula ialah 34km. Calon UPSR sekolah ini adalah seramai 25 orang sahaja.








08 September 2013

Satu-satunya ibu negeri yang belum ada kompleks beli-belah

Kompleks beli-belah moden yang pertama di Kuala Terengganu, bandaraya ibu negeri Terengganu Darul Iman. Akan dibuka kepada orang ramai pada April 2014. Bandar-bandar ibu negeri di negeri lain di Malaysia sudah lama mempunyai kompleks beli-belah sebegini tidak kiralah samada mall, square, parade atau pun plaza. Entah mengapa negeri Terengganu ini ketinggalan dalam bidang komersial ini. Walau bagaimanapun, nun jauh di selatan terdapat sebuah mall di Kerteh iaitu Mesra Mall dan sebuah di Chukai, Kemaman iaitu Kemaman Centre Point.

10 August 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013 (1 Syawal 1434H)

 Meraikan 1 Syawal 1434H di FBB pada sebelah pagi. Pada sebelah petang pula di rumah mentua. Hari Raya Kedua masih di rumah mentua untuk menziarahi sanak saudara sebelah isteri di Manir. Raya Ketiga masih di rumah mentua dan beraya di rumah sanak saudara sebelah isteri di Seberang Takir, Bukit Tunggal dan Tok Jembal.

31 July 2013

Ayahnda

 Sebelum ni selalu jugak terdengar orang berkata, "Ayah seorang boleh jaga anak sepuluh orang tapi anak sepuluh orang tak boleh jaga ayah seorang". Rasanya semua orang dah tahu apa maksud yang terkandung dalam ayat tu tadi. ...Ya, umum mengetahui bahawa ayat tadi bermaksud anak yang tidak bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Tetapi bukan semua anak yang tak dapat jaga orang tuanya dengan niat begitu. Bagi aku, ada hujah yang boleh diutarakan mengapa keadaan jadi begitu.
      Bekerja makan gaji samada dengan kerajaan atau swasta, adalah salah satu sebabnya. Kita wajib patuh kepada arahan majikan jika mahu terus bekerja dan mendapat gaji untuk menyara hidup. Dalam menjalankan tugas, mahu tak mahu kita sentiasa berdepan dengan keadaan yang sukar antara tuntutan tugas dan tuntutan menjaga kebajikan orang tua kita lebih-lebih lagi jika orang tua kita dalam keadaan uzur. Kita tak dapat berada di sampingnya sepanjang masa kerana perlu hadir bertugas walaupun pada masa sama keadaan kesihatan orang tua kita tidak begitu baik.
      Apa yang nak disimpulkan di sini, tak semua anak yang tak dapat jaga orang tuanya itu adalah kerana dia tak bertanggungjawab, sebaliknya ada faktor penyebab yang amat sukar dielak di zaman yang serba maju ini. Anak ingin sekali menjaga ayahnya dengan rapi tetapi apakan daya, anak hanyalah penjawat awam yang perlu dan wajib patuh kepada arahan majikannya demi menyara kehidupan keluarganya....Ayahnda, maafkan anakndamu..
      Wallahuwaalam..



19 June 2013

Keluarga




Rakyat Malaysia Ooo Rakyat Malaysia..

Berkongsi pandangan dari Dr Ridhuan Tee Abdullah. Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau. Sepatutnya dari dulu lagi Malaysia hanya ada sekolah kebangsaan sahaja demi perpaduan rakyatnya. Tidak ada sebab mengapa perlu ada aliran-aliran lain. Saya tidak berniat langsung untuk menghasut. Saya cuma ingin meluahkan perasaan semata-mata untuk perpaduan rakyat Malaysia yang datang dari berbagai-bagai keturunan, agama, bahasa dan kebudayaan. Bila anak-anak dipisahkan pula dalam sistem pendidikan sejak kecil, hasilnya kita dapat lihat hari ini. Warganegara Malaysia yang lahir di Malaysia, membesar dan tua di Malaysia tetapi tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Malaysia. Amat menyedihkan.

About Pasar Besar Kedai Payang(Kuala Terengganu Central Market)



06 May 2013

Keputusan PRU 13 (2013)

Keputusan bagi P38 Hulu Terengganu :  Dato' Jailani Johari (BN) mendapat 31,940 undi.
                                                                 Ustaz Kamaruzaman Abdullah (PAS) mendapat 23,727 undi.
                                                                 Kemenangan kepada BN dengan majoriti 8,213 undi.

Keputusan bagi N24 Ajil                      :  Ghazali Taib (BN) mendapat 8,680 undi.
                                                                 Mohd Razki Hj Yah@Hj Alias (PAS) mendapat 5,898
                                                                 Mohd Nuhairi Muhammad mendapat 670 undi.
                                                                 Kemenangan kepada BN dengan majoriti 2,782 undi.
                                                               

26 April 2013

PRU 13 Perang Bendera@Bukit Bading














Pilihanraya Umum ke 13 bakal berlangsung pada 5 Mei 2013. Beginilah suasana perang bendera dan poster di Felda Bukit Bading yang dapat dilihat sehingga setakat hari ini, 26 April 2013. Para petugas parti-parti yang bertanding sedang bertungkus-lumus memasang dan menaikkan bendera parti masing-masing. PRU kali ini Parlimen Hulu Terengganu akan menampilkan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh calon baru, Datuk Jailani Johari dan calon PAS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah. Bagi DUN Ajil pula akan menyaksikan pertembungan antara Razali Taib dari BN (muka baru menggantikan Dato' Rosol Wahid), Mohd Razki Alias dari PAS dan Encik Mohd Nuhairi Muhammad dari BEBAS.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER