27 November 2019

Pantai Pengkalan Maras Tinggal Kenangan

Pantai berpasir dan landai sejak berzaman dulu, tempat bermain anak-anak kecil, tempat bersantai anak-anak muda dan dewasa kini telah tiada lagi. Pantai ini mula dilanda hakisan pada 2018, namun masih lagi ada pantai yang boleh menjadi ruang bersantai dan berehat. Tahun ini, 2019 menjadi detik hitam apabila ombak membadai ganas. Air laut menguasai sepenuhnya kawasan yang dulunya pantai berpasir putih gebu dan landai. Malah, kawasan pakir kenderaan yang bertar juga hilang seratus peratus dari pandangan mata. Lihat pantai ini yang terkini di sini : https://www.youtube.com/watch?v=vKPWn...

02 September 2019

Bulan Kebangsaan 2019

Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 ini, Tuan Guru Besar berbesar hati mendeklamasikan sebuah sajak berjudul "Di Negeri Ini Anak" hasil nukilan Masni N.O.

Bulan Kebangsaan 2019

Peserta pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Ogos 2019.

Bulan Kebangsaan 2019

Peserta pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Ogos 2019, Aishah dan Alya Maisarah.

31 August 2019

Dataran Drawbridge di waktu petang

Suasana waktu petang di Dataran Drawbridge (Hujung Tanjung, Seberang Takir)selalu dipenuhi para pengunjung yang datang untuk bersantai ataupun untuk bergambar bersama keluarga atau sahabat. Keadaan menjadi lebih sesak apabila tiba musim cuti samada cuti perayaan mahupun cuti persekolahan.

30 August 2019

Pasar Besar Kedai Payang(Pasar Payang) Diganti Dgn Bangunan Baharu

Selepas 51 tahun akhirnya Pasar Besar Kedai Payang terpaksa dirobohkan untuk diganti dengan bangunan baru yang lebih selesa dan moden sesuai dengan peredaran masa. Bangunan baru itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

28 August 2019

Progres KTCC Mall

Progres pembinaan KTCC Mall, Kuala Terengganu sehingga 26 Ogos 2019.
Perkembangan pembinaan KTCC Mall, Kuala Terengganu setakat 26 Ogos 2019.

27 August 2019

Bulan Kebangsaan 2019

Peserta pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK Teluk Ketapang pada 20 Ogos 2019. #music_quality_improved_version

Bulan Kebangsaan 2019

Peserta Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Ogos 2019, Puteri & Insyirah.

Bulan Kebangsaan 2019

Peserta Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Shah Ezran & Wadi, sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 peringkat SK Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Ogos 2019. 
https://youtu.be/KvXaJbW75_Y

17 June 2018

Salam Lebaran 1439H/2018


Video sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018. Memaparkan suasana sekitar plaza tol Kuala Terengganu di Gemuruh, LPT 2 dua hari sebelum hari raya. Kelihatan, suasananya begitu lengang berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini di mana kenderaan berbaris berkilometer panjangnya untuk melepasi plaza tol menghala keluar dari LPT 2. Bagaimana pun tidak begitu pada tahun ini. Kepada pemandu-pemandu, keadaan sebegini amat melegakan mereka yang telah menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya di kampung halaman.

02 June 2017

Progres di Ladang













Progres di muara

                                                             Jambatan angkat dan Menara MBKT
Progres pembinaan jambatan angkat (drawbridge) dan bangunan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 24 Mei 2017.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER