Memang betul sekarang (tahun 2011) tak serupa seperti dulu. Tetapi apa yang nak diperkatakan di sini ialah perubahannya dirasakan agak mendadak. Setiap hari laluan dari Pekan Ajil ke Bukit Besi melalui Kg Bukit Diman, Kg Pela, Kg Tok Dor, Kg Jerangau sentiasa sibuk dengan deretan treler/trak besar dan kereta seolah-olah terdapat banyak bandar besar berada di laluan itu. Hakikatnya tidak ada bandar besar pun.
Perjalanan pergi dan balik dari sekolah sering tersangkut-sangkut gara-gara treler panjang yang berderet-deret menuju destinasi mereka,ada yang ke Kuantan, ada ke Kuala Lumpur, Johor, Singapura dsbnya. Tidak ketinggalan juga lori-lori kelapa sawit.
Di laluan Ajil ke Kuala Berang juga sentiasa dipenuhi deretan kenderaan. Terasa amat berbeza dengan apa yang pernah ku lihat ketika aku masih menetap di Kedah dulu dan hanya sekali-sekala pulang ke Terengganu. Kadang-kadang hampir hilang kesabaran ketika memandu dek kesesakan lalulintas, baik di Kuala Berang maupun di Bandaraya Kuala Terengganu. Andai diikutkan hati, malas rasanya untuk pergi ke bandar jika tidak ada hal mustahak.
Hairan juga, kenapa perubahannya nampak terlalu drastik...kena buat kajiselidik(research) ni kalau nak tahu puncanya yang sahih.
26 June 2011
13 June 2011
4 Jun 2011 (Sabtu) bertolak ke Kedah untuk membawa pulang anak bongsu yang masih lagi berada di sana. Bagaimana pun hajat tidak kesampaian. Pihak sekolah memaklumkan,proses pertukaran sekolah mesti disertakan bersama surat hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi,aku harus ke mahkamah dulu dan menghadapi proses perbicaraan sebelum mendapat hak penjagaan itu. Perbicaraan pula hanya boleh dijalankan di mahkamah tinggi syariah di Alor Star sahaja. Aku kesuntukan masa untuk urusan mahkamah ketika itu kerana aku tidak dapat berada lama di Kedah. Aku terpaksa pulang dulu ke Terengganu tanpa anakku itu yang terpaksa terus tinggal di rumah paksunya buat sementara waktu. Kecewa juga rasanya kerana tidak dapat menunaikan niat anakku yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang dan menyambung persekolahannya di Terengganu. Aku akan ke Kedah lagi nanti hinggalah anakku berjaya dibawa pulang dan tinggal bersamaku sepertimana yang diingininya sejak dari bermulanya perceraian ini....insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)