13 June 2011

4 Jun 2011 (Sabtu) bertolak ke Kedah untuk membawa pulang anak bongsu yang masih lagi berada di sana. Bagaimana pun hajat tidak kesampaian. Pihak sekolah memaklumkan,proses pertukaran sekolah mesti disertakan bersama surat hak penjagaan anak yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi,aku harus ke mahkamah dulu dan menghadapi proses perbicaraan sebelum mendapat hak penjagaan itu. Perbicaraan pula hanya boleh dijalankan di mahkamah tinggi syariah di Alor Star sahaja. Aku kesuntukan masa untuk urusan mahkamah ketika itu kerana aku tidak dapat berada lama di Kedah. Aku terpaksa pulang dulu ke Terengganu tanpa anakku itu yang terpaksa terus tinggal di rumah paksunya buat sementara waktu. Kecewa juga rasanya kerana tidak dapat menunaikan niat anakku yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang dan menyambung persekolahannya di Terengganu. Aku akan ke Kedah lagi nanti hinggalah anakku berjaya dibawa pulang dan tinggal bersamaku sepertimana yang diingininya sejak dari bermulanya perceraian ini....insyaallah.

No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER