10 July 2011
Tuntutan mutaah
Tanggal 5 Julai 2011aku menerima notis dari mahkamah rendah syariah daerah kuala muda,kedah supaya hadir di mahkamah tersebut pada 11 Julai 2011 (Isnin) jam 11.00 pagi untuk menjawab tuntutan yang telah dibuat bekas isteri. Tuntutan tersebut melibatkan wang bernilai RM200,000.00. Setelah hampir dua jam berbincang bersama Pegawai Sulh dan bekas isteri, keputusan dicapai dan dibuat perjanjian di mana aku terpaksa membayar RM2000 untuk Nafkah Eddah dan RM3000 untuk Mutaah. Aku rasa teraniaya kerana bekas isteri berlaku curang, kemudian minta diceraikan dan aku pula yang kena bayar sejumlah wang padanya...adilkah ini?? Aku terpaksa patuh kepada perintah mahkamah itu kerana jika tidak aku terpaksa berulang alik dari Terengganu ke Alor Star,Kedah entah berapa kali untuk proses perbicaraan dan perlu gunakan khidmat peguam...menyulitkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
jgn mengalah..cuba cg azam tanya org yg lebih arif..x kan mahkamah x mengambil kira faktor yg menyebabkan penceraian dan jg pendapatan cg azam...kuatkan semangat....kalau x cg azam terpaksa menanggung beban kewangan sepanjang hayat..
cr org yg arif..cerita satu persatu masalah n punca..kemudian lawan balik...
sedap dia ..x payar bayar hutang..pastu dpt rm20000
Ada pembetulan sikit..bukan RM20000 yg dia dpt tp RM5000 shj iaitu RM2000 utk eddah dan RM3000 utk mutaah.Bayaran secara ansuran selama 10 bulan,RM500 sebulan.Saya dh beritahu punca perceraian dan kedudukan kewangan saya tp mahkamah tak ambilkira sebab masa bercerai dulu saya tak buat perjanjian bertulis dgn bekas isteri bahawa dia tak akan buat apa-apa tuntutan. Dulu saya tak terfikir langsung benda2 mcm ni...kdg2 rasa terkilan juga..tp tak pelah,balasan Allah tetap ada kerana Allah maha adil terhadap hamba2Nya.
Alhamdulillah..x banyaklah rm5000 tu walaupun berat...10 bulan je..pastu x payah dok ingat apa2 dah...mungkin ada rezeki lain yg bertambah..amin
Amin...terima kasih banyak2 halida.
Post a Comment