Komponen projek KTCC yang melibatkan
kawasan muara utara dan muara selatan menelan kos sebanyak RM7 bilion bakal
meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersial serta hab pendidikan dan
kesihatan.
Pembangunan yang dibangunkan di muara
selatan KTCC adalah KTCC Mall Sdn Bhd dengan peruntukan RM1 bilion dan
merupakan salah satu daripada projek komersial berimpak tinggi di negeri ini.
KTCC Mall dijangka akan disiapkan dalam masa tiga tahun, manakala di muara
utara pula akan memakan masa lima hingga 10 tahun untuk dibangunkan seluruh
kawasan itu bermula dari sekarang.
Pelbagai
projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) bakal melonjak
kedudukan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air sekaligus
muncul bandar ala `mini Dubai’ di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Selain itu,
kerja pembinaan `KTCC drawbridge’ (jambatan angkat) yang menyambung muara utara
dan selatan ini akan ditender pada Jun, diikuti satu lagi projek pembinaan
bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setinggi 30 tingkat yang juga
sudah ditutup tendernya.
Sementara
itu, pemaju turut dilantik bagi pembinaan hotel dan apartment di kawasan
ini, di samping kita turut menguruskan projek pelaburan di muara utara.
Rata-rata
rakyat Terengganu bukan sahaja sudah bersedia menerima limpahan kepesatan
pembangunan, malah turut ternanti-nantikan pembinaan kompleks membeli-belah
yang dilengkapi pelbagai kemudahan hiburan dan riadah seperti gelanggang boling
48 lorong dan sebuah cineplex yang mengandungi 10 unit skrin.
Dengan adanya kemudahan boling dan
panggung wayang itu , penduduk sekitar terutama dari Kuala Terengganu tidak
lagi perlu ke Kemasek (Mesra Mall, Kemaman). Ini menjadi satu lagi alternatif
yang baru untuk pengunjung beriadah bersama keluarga termasuk untuk menyertai
permainan boling. Malah, kejohanan (boling) juga boleh dilaksanakan di
gelanggang itu nanti tanpa perlu ke (pusat boling) Kuantan. Kewujudan pusat
beli-belah yang lebih besar dengan barang berjenama juga dapat mengelak
penduduk daripada ke ( pasar raya) Kuala Lumpur lagi selepas ini.
KTCC
Mall merupakan komponen di bawah projek bersepadu KTCC yang dibangunkan ECER di
kawasan pesisir pantai Kuala Terengganu dengan keluasan ruang peruncitan
750,000 kaki persegi, Hotel Novotel dilengkapi 250 bilik penginapan dan dua
menara yang menempatkan 250 ruang perniagaan mewah secara
keseluruhannya.Bangunan kompleks beli-belah ini dijangka siap pada suku keempat
tahun depan, manakala hotel dan ruang perniagaan mewah dijangka siap 2016