23 March 2013

Kuala Terengganu City Centre memacu Terengganu baru



      Komponen projek KTCC yang melibatkan kawasan muara utara dan muara selatan menelan kos sebanyak RM7 bilion bakal meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersial serta hab pendidikan dan kesihatan.
      Pembangunan yang dibangunkan di muara selatan KTCC adalah KTCC Mall Sdn Bhd dengan peruntukan RM1 bilion dan merupakan salah satu daripada projek komersial berimpak tinggi di negeri ini. KTCC Mall dijangka akan disiapkan dalam masa tiga tahun, manakala di muara utara pula akan memakan masa lima hingga 10 tahun untuk dibangunkan seluruh kawasan itu bermula dari sekarang.
    Pelbagai projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) bakal melonjak kedudukan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air sekaligus muncul bandar ala `mini Dubai’ di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
     Selain itu, kerja pembinaan `KTCC drawbridge’ (jambatan angkat) yang menyambung muara utara dan selatan ini akan ditender pada Jun, diikuti satu lagi projek pembinaan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setinggi 30 tingkat yang juga sudah ditutup tendernya.
Sementara itu,  pemaju turut dilantik bagi pembinaan hotel dan apartment di kawasan ini, di samping kita turut menguruskan projek pelaburan di muara utara.

     Rata-rata rakyat Terengganu bukan sahaja sudah bersedia menerima limpahan kepesatan pembangunan, malah turut ternanti-nantikan pembinaan kompleks membeli-belah yang dilengkapi pelbagai kemudahan hiburan dan riadah seperti gelanggang boling 48 lorong dan sebuah cineplex yang mengandungi 10 unit skrin.
       Dengan adanya kemudahan boling dan panggung wayang itu , penduduk sekitar terutama dari Kuala Terengganu tidak lagi perlu ke Kemasek (Mesra Mall, Kemaman). Ini menjadi satu lagi alternatif yang baru untuk pengunjung beriadah bersama keluarga termasuk untuk menyertai permainan boling. Malah, kejohanan (boling) juga boleh dilaksanakan di gelanggang itu nanti tanpa perlu ke (pusat boling) Kuantan. Kewujudan pusat beli-belah yang lebih besar dengan barang berjenama juga dapat mengelak penduduk daripada ke ( pasar raya) Kuala Lumpur lagi selepas ini.
       KTCC Mall merupakan komponen di bawah projek bersepadu KTCC yang dibangunkan ECER di kawasan pesisir pantai Kuala Terengganu dengan keluasan ruang peruncitan 750,000 kaki persegi, Hotel Novotel dilengkapi 250 bilik penginapan dan dua menara yang menempatkan 250 ruang perniagaan mewah secara keseluruhannya.Bangunan kompleks beli-belah ini dijangka siap pada suku keempat tahun depan, manakala hotel dan ruang perniagaan mewah dijangka siap 2016

No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER