08 October 2013

Proton Preve Cantik Tapi Tiada Kualiti

Hari ni tanggal 8 Okt.2013 aku dikejutkan dgn kebocoran yg sgt tak terduga...minyak enjin Proton Preve aku yg belum pun sampai setahun usianya, iaitu baru lebih 9 bulan bocor tahap teruk...langsung kering sampai enjin pun berbunyi bising macam nak pecah. Terpaksa hantar ke pusat servis proton dan aku dimaklumkan bahawa hos pecah. Akhirnya kena jugak aku keluarkan RM195 untuk kos minyak enjin. Sebelum berlaku kebocoran ni aku baru je servis dan tukar minyak enjin. Aku kena bayar RM210,tak mengapalah,memang dah sepatutnya. Baru guna 1000 km berlaku minyak bocor, aku kena bayar jugak ke? Kereta aku masih dalam warranty lagi. Aku suarakan kepada staf yang uruskan hal masalah kereta aku tu, tapi dia kata dia pun tak boleh nak buat apa-apa sebab dia cuma makan gaji je. Jadi kepada bos-bos di atas tu kaji kajilah tengok patut ke macam ni. Jagalah pelanggan anda. Kalau sebelum beli kereta semuanya elok, selepas beli pun macam tu lah yang kami nak. Bolehlah saya warwarkan kepada saudara-mara dan sahabat handai.



No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER