31 December 2013
Selamat Datang 2014
Tahun 2014 menyaksikan suatu perubahan besar kepada dua orang anak buah yang dulunya menetap di Kedah. Sekarang mereka menetap di kampung kelahiran ayahnya(adik bongsu saya). Seorang belajar dalam Tahun 3 dan seorang lagi Tahun 1. Kedua-duanya dilahirkan di Kedah iaitu di kampung kelahiran ibunya(adik ipar sayalah tu). Bagi mereka berdua sudah pasti akan menghadapi suasana dan persekitaran yang berbeza daripada sebelum ini, di sekolah dan di kelasnya nanti terutamanya dari segi dialek. Mereka akan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang menggunakan dialek Terengganu, sudah tentu akan menjadi satu suasana baru bagi mereka berdua. Semoga mereka akan segera dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini...insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment