Hari Rabu 17 jun 2015, dengan rasminya aku telah didaftarkan sebagai pesakit diabetes atau kencing manis, di Klinik Kesihatan Batu Rakit yang terletak di Wakaf Tengah, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Bacaan kandungan gula dalam darah pada waktu itu adalah 17.6, suatu keadaan yang sangat serius dan mengejutkanku. Maka terpaksalah aku menjalani rutin baru dalam hidupku iaitu sentiasa mengambil ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor dan wajib berulang alik ke klinik mengikut jadual yang diberi.
29 Jun 2015, sekali lagi aku ke Klinik Kesihatan Batu Rakit, mematuhi jadual yang diberi. Ada sedikit kegembiraan hari ini kerana bacaan kandungan gula telah menurun kepada 11...syukur alhamdulillah walaupun itu sebenarnya masih tinggi berbanding yang sepatutnya iaitu 4.9 hingga 7 sahaja. Namun sekurang-kurangnya sudah ada kemajuan positif. Tunggu temujanji dengan doktor yang seterusnya iaitu pada 13 Julai 2015. Harapanku akan ada kemajuan positif lagi, insyaallah.
2 comments:
13 Julai 2015, sekali lagi ke klinik dan kali ini keputusan ujian darah amat-amat mengejutkan. Kandungan gula dalam darah meningkat mendadak iaitu mencapai 20.2, tertinggi setakat ini. Ada kemungkinan kesan daripada minuman bergas yang diminum waktu berbuka puasa hari sebelum itu. Aku berbuka di KFC bersama keluarga. Ketika bersahur pagi 13hb. tu pula aku makan dua potong tembikai (dikhabarkan tembikai mengandungi banyak kandungan gula). Temujanji seterusnya ialah pada 27 Julai 2015. Aku harap semoga kandungan gula akan menurun...aminn.
Hari ini 27 Julai 2015, hadir lg ke Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk temujanji yg keempat. Keputusan ujian darah yg diperolehi amat menggembirakan. Gula dlm darah turun dari bacaan 20 ke 9.7 sahaja..penurunan drastik. Bacaan tekanan darah pula adalah 110/83. Alhamdulillah. Temujanji seterusnya ialah pada 24 Ogos 2015, iaitu sebulan dari sekarang.
Post a Comment