Tanggal 13 Julai 2015, aku menerima surat arahan pertukaran ke SK Pasir Tinggi. Lusanya, 15 Julai 2015 aku ke SK Pasir Tinggi untuk melapordiri sebagaimana diarahkan. Bagaimanapun, semasa berjalan menuju pejabat aku terserempak dengan Teacher Jamilah, salah seorang guru Bahasa Inggeris di SK Pasir Tinggi. Beliau mengenalkan diri dan memberitahu beliau enggan bertukar ke SK Tapu sepertimana arahan dalam surat yg beliau terima. Rupa-rupanya beliaulah guru (yang juga mengajar Bahasa Inggeris) SK Pasir Tinggi yang diarahkan bertukar ke SK Tapu. Bermakna, guru Bahasa Inggeris SK Tapu ditukarkan ke SK Pasir Tinggi dan guru Bahasa Inggeris SK Pasir Tinggi ditukarkan ke SK Tapu. Pertukaran atas dasar apakah ini? Aku tak faham.
No comments:
Post a Comment