Keputusan bagi P38 Hulu Terengganu : Dato' Jailani Johari (BN) mendapat 31,940 undi.
Ustaz Kamaruzaman Abdullah (PAS) mendapat 23,727 undi.
Kemenangan kepada BN dengan majoriti 8,213 undi.
Keputusan bagi N24 Ajil : Ghazali Taib (BN) mendapat 8,680 undi.
Mohd Razki Hj Yah@Hj Alias (PAS) mendapat 5,898
Mohd Nuhairi Muhammad mendapat 670 undi.
Kemenangan kepada BN dengan majoriti 2,782 undi.
06 May 2013
26 April 2013
PRU 13 Perang Bendera@Bukit Bading
Pilihanraya Umum ke 13 bakal berlangsung pada 5 Mei 2013. Beginilah suasana perang bendera dan poster di Felda Bukit Bading yang dapat dilihat sehingga setakat hari ini, 26 April 2013. Para petugas parti-parti yang bertanding sedang bertungkus-lumus memasang dan menaikkan bendera parti masing-masing. PRU kali ini Parlimen Hulu Terengganu akan menampilkan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh calon baru, Datuk Jailani Johari dan calon PAS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah. Bagi DUN Ajil pula akan menyaksikan pertembungan antara Razali Taib dari BN (muka baru menggantikan Dato' Rosol Wahid), Mohd Razki Alias dari PAS dan Encik Mohd Nuhairi Muhammad dari BEBAS.
22 April 2013
23 March 2013
Kuala Terengganu City Centre memacu Terengganu baru
Komponen projek KTCC yang melibatkan
kawasan muara utara dan muara selatan menelan kos sebanyak RM7 bilion bakal
meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersial serta hab pendidikan dan
kesihatan.
Pembangunan yang dibangunkan di muara
selatan KTCC adalah KTCC Mall Sdn Bhd dengan peruntukan RM1 bilion dan
merupakan salah satu daripada projek komersial berimpak tinggi di negeri ini.
KTCC Mall dijangka akan disiapkan dalam masa tiga tahun, manakala di muara
utara pula akan memakan masa lima hingga 10 tahun untuk dibangunkan seluruh
kawasan itu bermula dari sekarang.
Pelbagai
projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) bakal melonjak
kedudukan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air sekaligus
muncul bandar ala `mini Dubai’ di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Selain itu,
kerja pembinaan `KTCC drawbridge’ (jambatan angkat) yang menyambung muara utara
dan selatan ini akan ditender pada Jun, diikuti satu lagi projek pembinaan
bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setinggi 30 tingkat yang juga
sudah ditutup tendernya.
Sementara
itu, pemaju turut dilantik bagi pembinaan hotel dan apartment di kawasan
ini, di samping kita turut menguruskan projek pelaburan di muara utara.
Rata-rata
rakyat Terengganu bukan sahaja sudah bersedia menerima limpahan kepesatan
pembangunan, malah turut ternanti-nantikan pembinaan kompleks membeli-belah
yang dilengkapi pelbagai kemudahan hiburan dan riadah seperti gelanggang boling
48 lorong dan sebuah cineplex yang mengandungi 10 unit skrin.
Dengan adanya kemudahan boling dan
panggung wayang itu , penduduk sekitar terutama dari Kuala Terengganu tidak
lagi perlu ke Kemasek (Mesra Mall, Kemaman). Ini menjadi satu lagi alternatif
yang baru untuk pengunjung beriadah bersama keluarga termasuk untuk menyertai
permainan boling. Malah, kejohanan (boling) juga boleh dilaksanakan di
gelanggang itu nanti tanpa perlu ke (pusat boling) Kuantan. Kewujudan pusat
beli-belah yang lebih besar dengan barang berjenama juga dapat mengelak
penduduk daripada ke ( pasar raya) Kuala Lumpur lagi selepas ini.
KTCC
Mall merupakan komponen di bawah projek bersepadu KTCC yang dibangunkan ECER di
kawasan pesisir pantai Kuala Terengganu dengan keluasan ruang peruncitan
750,000 kaki persegi, Hotel Novotel dilengkapi 250 bilik penginapan dan dua
menara yang menempatkan 250 ruang perniagaan mewah secara
keseluruhannya.Bangunan kompleks beli-belah ini dijangka siap pada suku keempat
tahun depan, manakala hotel dan ruang perniagaan mewah dijangka siap 2016
11 March 2013
Paya Bunga(PB) Sentral, Kuala Terengganu
Paya Bunga(PB) Sentral yang menelan belanja RM90 juta merupakan sebuah bangunan sembilan tingkat mengandungi 679 lot pakir kereta bertingkat, 10 pawagam cineplex, sebuah pusat boling dan tujuh lot kedai di tingkat bawah. Pembinaan bermula Februari 2013.
03 February 2013
30 January 2013
24 January 2013
03 January 2013
28 December 2012
Mandi kali pertama
26 Disember 2012, Preve aku dimandikan buat kali pertama di JWS Autospa, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.
21 December 2012
Harta terbaru
20 Disember 2012...tarikh aku bawak balik Proton Preve dari Proton/EON kt Padang Midin, Kuala Terengganu setelah hampir dua minggu menunggu siapnya proses pendaftaran. Asalnya jurujual kt proton/eon tu kata lebih kurang lima hari mesti dah boleh bawak balik kereta ni. Setelah lebih seminggu, dia kata proses jadi lambat sebab masalah sistem komputer di hq proton. Katanya lagi Proton dalam proses penukaran sistem. Mahu tak mahu aku terpaksalah terima alasan tu dengan hati terbuka...tak jadi masalah pun bagi aku.
11 December 2012
Bertukar tempat bertugas - SK Tapu
10 December 2012
Kenderaan kedua
Modenas Kriss MR1 dengan kuasa 100cc menjadi pilihan untuk dimiliki sebagai kenderaan keduaku. Mula menjadi milikku pada tanggal 18 Oktober 2012, dibeli di sebuah kedai motorsikal di Pekan Ajil, Hulu Terengganu.
27 November 2012
Parkir di 'Bandar' Kuala Berang
Kuala Berang adalah sebuah bandar kecil yang menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan di daerah Hulu Terengganu, iaitu salah satu daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman. Jika dibuat perbandingan lima tahun dahulu dengan sekarang, didapati bandar ini telah mengalami perubahan yang agak ketara. Banyak bangunan komersial baru dibina, struktur jalanraya begitu juga bangunan pejabat-pejabat kerajaan. Dari segi lalulintas pula, apa yang saya lihat memang sangat jelas pertambahan kenderaan yang mendadak bertali arus di jalanraya. Petak-petak parkir sentiasa dipenuhi kenderaan setiap kali saya ke Kuala Berang kerana sesuatu urusan. Sungguh menguji kesabaran bila mencari petak parkir di Kuala Berang. Bercakap tentang parkir, saya rasa terkilan mengapakah terdapat sederet gerai menjual buah-buahan berhadapan deretan bangunan yang menempatkan bank-bank dan berbagai-bagai jenis kedai. Gerai-gerai buah tersebut dahulunya ditempatkan di situ kerana Pasar Besar Kuala Berang yang lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan pasar yang baru. Namun selepas bangunan pasar baru telah lama siap dan telah pun dibuka kepada orang ramai, peniaga buah tersebut masih berniaga di gerai sementara di mana sepatutnya boleh dijadikan tempat parkir. Peniaga-peniaga barang lain termasuklah restoran sudah pun menjalankan operasi mereka di pasar baru. Yang menghairankan, tiada apa-apa tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sedangkan setiap hari pemandu-pemandu pening kepala mencari parkir kosong lebih-lebih lagi pada hari Sabtu dan Rabu kerana dua hari tersebut terdapat aktiviti pekan sari/sehari di Kuala Berang. Harap Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) akan segera mengatasi masalah ini.
02 November 2012
Antara menutup aurat dan merokok
Kita selalu mendengar dan terpandang iklan atau promosi tentang keburukan dan bahaya merokok,samada di televisyen,radio,ceramah maupun di akhbar-akhbar. Semua itu amat berguna demi kebaikan kita semua agar terhindar dari penyakit yang berpunca dari rokok.
Namun,apa yang saya terkilan dan pelik ialah mengapa tidak dilakukan perkara sama dalam mengekang dan menghapuskan budaya mendedahkan aurat yang semakin parah di kalangan kaum wanita. Gejala ini adalah seperti tidak menutup rambut,memakai baju dan seluar ketat lagi sendat yang menyerlahkan bentuk tubuh seolah-olah tidak berpakaian, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG. Mengapa ini tidak diperangi sebagaimana dalam hal rokok...mengapa?
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.
19 September 2012
18 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)












