11 December 2011
Cabaran Besar
Yang menjadi halangannya sekarang, ibunya yang menetap di Kedah bersama suami barunya berkeras tidak memberi keizinan kepada anakku untuk tinggal bersamaku. Bermatian-matian dia mahukan anak tinggal bersamanya, sedangkan anak sendiri enggan.
Hari Rabu, 7 Disember 2011, aku sudah pun mengirim kepada bekas isteri, dokumen bertulis yang aku tolong karang di mana menyatakan persetujuannya untuk aku menjaga anakku itu dan ditandatanganinya seterusnya diposkan semula kepadaku untuk dikepilkan bersama Borang Permohonan Pertukaran Sekolah yang akan dikemukakan kepada sekolah semasa tempat anakku belajar.
Namun, sehingga saat ini dokumen itu belum lagi tiba semula di sini. Aku kirimkan kepada bekas isteri tempohari menggunakan pos ekspres sebuah syarikat courier agar sampai ke destinasinya dengan segera. Aku juga telah sertakan satu sampul surat bersetem untuk memudahkan dia poskan kembali kepadaku. Masa semakin suntuk sekarang. Permohonan pertukaran sekolah tidak dapat diteruskan selagi belum ada dokumen kebenaran penjagaan anak dari si ibu.
Andai kata dia tetap berkeras dan tidak dapat diubah lagi, aku terpaksa juga bawa kes ini ke mahkamah tinggi syariah di mana pihak mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada pilihan anak itu sendiri kerana usianya sudah melebihi 9 tahun.
Seboleh-bolehnya aku mahu selesaikan masalah ini di luar mahkamah saja, dengan cara baik. Anak buat keputusan untuk tinggal bersama aku, jadi aku sebagai bapa kandungnya amat berbesar hati untuk menjaganya. Tiada langsung niat untuk 'merampas' anak dari ibunya. Walaupun dalam jagaan aku nanti, tiada halangan untuk ibunya berjumpa dengan anak bila-bila masa pun atau mengambil anak balik ke rumahnya ketika cuti sekolah.
Jika dibawa ke mahkamah, kes ini mengambil masa yang panjang untuk selesai tambahan pula dia tinggal jauh dari sini dengan masa perjalanan selama 8 atau 9 jam untuk sampai. Jika dia tidak dapat hadir, perbicaraan akan ditangguh. Lagi pun, ini semua akan melibatkan peguam dan kosnya pula.
Aku amat berharap agar dia dapat berlembut dan menghormati keputusan anak. Buanglah sikap egonya yang hanya mahu orang lain menuruti semua kehendaknya itu. Lagi pun, perceraian ini berlaku pun atas permintaannya. Anak tinggal bersama bapanya bukan bermakna anak itu membuang ibunya. Untuk tinggal sebumbung, mustahil kerana ibu dan bapa sudah bercerai. Mahu tak mahu anak terpaksa memilih satu antara dua, ibu atau bapa untuk dia tinggal. Inilah yang terjadi kepada semua anak yang ibubapanya bercerai.
Kesimpulannya, kita kenalah menghormati keputusan anak-anak.
10 July 2011
Tuntutan mutaah
Tanggal 5 Julai 2011aku menerima notis dari mahkamah rendah syariah daerah kuala muda,kedah supaya hadir di mahkamah tersebut pada 11 Julai 2011 (Isnin) jam 11.00 pagi untuk menjawab tuntutan yang telah dibuat bekas isteri. Tuntutan tersebut melibatkan wang bernilai RM200,000.00. Setelah hampir dua jam berbincang bersama Pegawai Sulh dan bekas isteri, keputusan dicapai dan dibuat perjanjian di mana aku terpaksa membayar RM2000 untuk Nafkah Eddah dan RM3000 untuk Mutaah. Aku rasa teraniaya kerana bekas isteri berlaku curang, kemudian minta diceraikan dan aku pula yang kena bayar sejumlah wang padanya...adilkah ini?? Aku terpaksa patuh kepada perintah mahkamah itu kerana jika tidak aku terpaksa berulang alik dari Terengganu ke Alor Star,Kedah entah berapa kali untuk proses perbicaraan dan perlu gunakan khidmat peguam...menyulitkan.
26 June 2011
Lening dock serupe dulu.
Perjalanan pergi dan balik dari sekolah sering tersangkut-sangkut gara-gara treler panjang yang berderet-deret menuju destinasi mereka,ada yang ke Kuantan, ada ke Kuala Lumpur, Johor, Singapura dsbnya. Tidak ketinggalan juga lori-lori kelapa sawit.
Di laluan Ajil ke Kuala Berang juga sentiasa dipenuhi deretan kenderaan. Terasa amat berbeza dengan apa yang pernah ku lihat ketika aku masih menetap di Kedah dulu dan hanya sekali-sekala pulang ke Terengganu. Kadang-kadang hampir hilang kesabaran ketika memandu dek kesesakan lalulintas, baik di Kuala Berang maupun di Bandaraya Kuala Terengganu. Andai diikutkan hati, malas rasanya untuk pergi ke bandar jika tidak ada hal mustahak.
Hairan juga, kenapa perubahannya nampak terlalu drastik...kena buat kajiselidik(research) ni kalau nak tahu puncanya yang sahih.
13 June 2011
22 May 2011
LEMBARAN BARU HIDUPKU
13 March 2011
CDM Faridah Akademi Taipan 181: Cepatnya Sejuk...
07 March 2011
JIABiz.com

25 December 2010
24 December 2010
09 December 2010
MENJADI ORANG HEBAT
06 December 2010
Anugerah CDM 2010 - 4 Disember 2010
Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.28 November 2010
Taipan 181 Bersama dan Bersatu
TAIPAN 181
13 November 2010
17 October 2010
AKADEMI TAIPAN 181
Crown Diamond Manager(CDM) Wan Suriani Wan Ahmad, bekas guru dari Kelantan telah mencapai pangkat CDM(pangkat tertinggi) dalam masa setahun dua bulan di mana selepas empat bulan bersama Akademi Taipan 181, beliau telah merasa melancong percuma ke Paris. Baru-baru ini iaitu pada 13 Okt. 2010 beliau bersama beberapa pemimpin Akademi Taipan 181 dari Kelantan telah berkunjung ke Akademi Taipan 181 Penang di Safira Club, Seberang Jaya, P.Pinang.
16 October 2010
AKADEMI TAIPAN 181
DSM Shukri Shuid adalah seorang anggota polis berpangkat konstabel dan bertugas di IPD Baling, Kedah. Beliau telah meletak jawatan selepas lapan bulan menyertai Akademi Taipan 181 kerana yakin dengan jaminan masa depan yang dapat diberi oleh Akademi Taipan 181. Beliau juga mampu memiliki sebuah kereta mewah, Honda Accord dalam usia beliau 21 tahun setelah hanya 4 bulan menyertai Akademi Taipan 181.
AKADEMI TAIPAN 181
Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang telah meletak jawatan untuk memberi komitmen seratus peratus kepada Akademi Taipan 181.
15 October 2010
AKADEMI TAIPAN 181
Bersama CDM Kamaruddin, pemimpin tertinggi Akademi Taipan 181 ketika menghadiri satu program Akademi Taipan 181 di The Mines Resort, Sri Kembangan.
Aku bersama ahli-ahli Akademi Taipan 181 dan pemimpin-pemimpin hebat, CDM Kamaruddin(kedua dari kiri), CDM Mohd Nasir Hassan(ketiga dari kiri) dan DSM Mohd Shukri Shuid(keempat dari kiri) selepas berlangsungnya program Aroma Terapi Minda di Ballroom Safira Club, Bandar Sunway, Seb. Jaya, P. Pinang pada 2 Okt 2010.



