19 August 2014
Persiapan UPSR 2014
Di bawah ini adalah gambar-gambar sekitar program-program peningkatan UPSR 2014 SK Tapu, Hulu Terengganu. Di antara program tersebut adalah seperti Kelas Malam, Kelas Tambahan Petang, Kelas Tambahan Hujung Minggu, Kelas Tambahan Cuti Terancang (cuti pertengahan penggal dan cuti penggal), Kelas Kumpulan Kecil (pagi dan petang), Program Temu Murni, solat hajat & bacaan yasin di surau sekolah(setiap hari) dan program solat hajat & bacaan yasin di Masjid Abidin(masjid Negeri) di Kuala Terengganu serta bersantai di Taman Rekreasi Batu Burok. Untuk makluman dan ingatan, keputusan Peperiksaan Percubaan baru-baru ini 100% lulus semua mata pelajaran (LSMP) dengan empat orang mendapat 5A.
03 August 2014
Hari Raya Aidilfitri 2014
Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 28 Julai 2014. Kali pertama aku sambut raya di kediaman baruku bersama isteri dan anak-anakku. Meriah dengan kunjungan adik-adik seisi keluarga dan juga adik-adik ipar bersama keluarga masing-masing serta anak-anak buah juga bersama keluarga. Harapannya semoga tahun-tahun akan datang akan lebih meriah...in sha Allah.
27 July 2014
Sakit otot dan sendi..
Akhir-akhir ini aku selalu sahaja terasa lenguh-lenguh pada peha dan betis, otot-otot di bahagian-bahagian itu juga terasa sengal-sengal, amat menyiksakan. Akan tetapi, seboleh-bolehnya aku cuba melawan rasa sakit dan lenguh itu setakat termampu. Tiada siapa pun yang meminta supaya penyakit datang kepadanya. Namun, apabila tiba saatnya sepertimana yang telah tersurat, ia akan datang tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia, lebih-lebih lagi mereka yang hampir menjejaki usia emas. Disaat keadaanku begini, aku amat memerlukan sokongan terutamanya dari seseorang yang paling rapat denganku. Namun...ya lah, aku hanya menumpang...aku sedar aku hanya menumpang, aku tak punya apa-apa..
18 July 2014
Ramadhan al Mubarak 1435H/2014M
1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014. Maka umat Islam di Malaysia mula berpuasa untuk selama sebulan sehingga 27 Julai 2014. Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal akan disambut pada 28 Julai 2014. Penjawat awam akan diberi cuti hari raya selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Julai (Isnin dan Selasa) pada asasnya. Bagi persekolahan, hari Ahad diberi cuti peristiwa manakala hari Rabu dan Khamis cuti berganti (yang telah pun diganti dalam bulan Mei dan Jun yang lalu). Secara tidak langsung guru-guru juga akan mendapat cuti selama seminggu sempena hari raya pada tahun ini.
17 April 2014
Aktiviti Bahasa Inggeris 2014
Bertugas sebagai hakim dalam acara Poetry Recitation, Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2014. Program telah dijalankan di SK Kuala Berang bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.30 pagi. Acara-acara yang dipertandingkan ialah Story Telling, Public Speaking, Poetry Recitation dan Action Song. Majlis penyampaian hadiah dan penutup disempurnakan bermula jam 12.00 tengahari.
28 March 2014
Pemergian Ayah
Awal pagi tanggal 27 Mac 2014, ayah menghembuskan nafas terakhir di Wad 8A Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu. Semoga roh allahyarham ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...aminn.
26 March 2014
Ayah sakit
Tanggal 2 FebruarI 2014 ayah dimasukkan ke hospital Hulu Terengganu akibat batuk dan sesak nafas. Setelah seminggu di situ ayah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Hari ini tanggal 26 Mac 2014 ayah masih di hospital, wad 8A. Keadaannya masih tidak mengizinkan untuk pulang ke rumah. Risau melihatkan keadaannya sekarang.
Hari ini tanggal 26 Mac 2014 ayah masih di hospital, wad 8A. Keadaannya masih tidak mengizinkan untuk pulang ke rumah. Risau melihatkan keadaannya sekarang.
09 January 2014
Terengganu Islamic Foundation(YIT) To Build Shopping Complex, 15-storey Hotel
Yayasan Islam Terengganu(YIT) akan membina sebuah kompleks membeli-belah lima tingkat dan hotel 15 tingkat di Kuala Terengganu. Pembinaan dijangka dimulakan tidak lama lagi.
Terengganu Islamic Foundation To Build Shopping Complex, 15-storey Hotel By Year-end | Malaysia property news and resources
Terengganu Islamic Foundation To Build Shopping Complex, 15-storey Hotel By Year-end | Malaysia property news and resources
02 January 2014
Selamat Tahun Baru 2014
JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI
Jernihkan PIKIRAN
Sambutlah Tahun Baru
buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesan
buka pesan dapat ucapan
selamat tahun baru
Aku senantiasa berdoa agar kamu mengalami minggu yang manis
Isnin yang bahagia
Selasa yang menyenangkan
Rabu yang penuh kejayaan
Khamis yang berkesan
Jumaat yang menakjubkan
Sabtu yang penuh cinta
akhir kata,tahun baru yang ceria penuh dengan senyum harapan
Selamat tahun baru
Isnin yang bahagia
Selasa yang menyenangkan
Rabu yang penuh kejayaan
Khamis yang berkesan
Jumaat yang menakjubkan
Sabtu yang penuh cinta
akhir kata,tahun baru yang ceria penuh dengan senyum harapan
Selamat tahun baru
biarlah bunga jatuh dari tangkainya
biarlah malam berganti pagi
dan biarlah tahun telah berganti..
tapi rasa sayangku padamu takkan sesekali berganti menjadi benci
Selamat menyambut tahun baru
biarlah malam berganti pagi
dan biarlah tahun telah berganti..
tapi rasa sayangku padamu takkan sesekali berganti menjadi benci
Selamat menyambut tahun baru
Pujukkan hatimu saat malam menghampir
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu
buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan
Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu
buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan
Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu
Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru
Sebentar lagi kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul Selamat Tahun Baru
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama ini mari kita perbaiki di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul Selamat Tahun Baru
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama ini mari kita perbaiki di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui
Coretan demi coretan telah memenuhi
kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Selamat tahun baru. Semoga lebih berjaya
Matahari menyelinap dibalik bukitCoretan demi coretan telah memenuhi
kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Selamat tahun baru. Semoga lebih berjaya
sembunyikan kenangan hidup
menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda
sebentar lagi ‘kan menjelang
Selamat datang sms tahun baru 2014
harapan baru dan perubahan
Minum kopi di cangkir
Cangkirnya berwarna putih
HEPI New YEaR
wahai kekasih hati
Dalam solat lebih banyak pahala, Jika dijalankan secara berjemaah, Kuucapkan dengan hati gembira, Selamat Tahun Baru 2014
Indahnya tahun baru 2014 ini, moga menyinari hidup kita untuk selalu hanya beribadah kepada Allah SWT
Bulan sabit tersenyum ramah, Didampingi Bintang-bintang nan indah, Selamat Tahun Baru 2014, Semoga Tahun ini lebih berkat.
31 December 2013
Selamat Datang 2014
Tahun 2014 menyaksikan suatu perubahan besar kepada dua orang anak buah yang dulunya menetap di Kedah. Sekarang mereka menetap di kampung kelahiran ayahnya(adik bongsu saya). Seorang belajar dalam Tahun 3 dan seorang lagi Tahun 1. Kedua-duanya dilahirkan di Kedah iaitu di kampung kelahiran ibunya(adik ipar sayalah tu). Bagi mereka berdua sudah pasti akan menghadapi suasana dan persekitaran yang berbeza daripada sebelum ini, di sekolah dan di kelasnya nanti terutamanya dari segi dialek. Mereka akan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang menggunakan dialek Terengganu, sudah tentu akan menjadi satu suasana baru bagi mereka berdua. Semoga mereka akan segera dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini...insyaallah.
18 November 2013
20 October 2013
Perkhidmatan Cuci Kenderaan
Kelmarin, 19 Okt. 2013 semasa dalam perjalanan balik dari bandar Kuala Terengganu, aku terpandang pusat mencuci kenderaan otomatik yang sebelumnya tempat tu kosong di Pekan Bukit Payong, Marang. Mencuci kenderaan menggunakan mesin otomatik ni bukan satu benda baru di Terengganu, zaman aku budak-budak hingusan dalam tahun 70 dulu dah ada. Tapi entah apa sebabnya ia ditutup pada lewat tahun 70an atau awal tahun 80an. Baru dalam tahun 2013 muncul semula perkhidmatan ini dengan teknologi yang terkini.
Terkini, satu lagi pusat cuci kenderaan automatik dibuka iaitu di Gong Badak. Kalau tak silap aku dalam bulan Mac 2014 inilah. Yang di Gong Badak ini agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan yang di Bukit Payong. Ini adalah kerana keluasan tanah yang agak terhad di Gong Badak.
Terkini, satu lagi pusat cuci kenderaan automatik dibuka iaitu di Gong Badak. Kalau tak silap aku dalam bulan Mac 2014 inilah. Yang di Gong Badak ini agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan yang di Bukit Payong. Ini adalah kerana keluasan tanah yang agak terhad di Gong Badak.
08 October 2013
Proton Preve Cantik Tapi Tiada Kualiti
Hari ni tanggal 8 Okt.2013 aku dikejutkan dgn kebocoran yg sgt tak terduga...minyak enjin Proton Preve aku yg belum pun sampai setahun usianya, iaitu baru lebih 9 bulan bocor tahap teruk...langsung kering sampai enjin pun berbunyi bising macam nak pecah. Terpaksa hantar ke pusat servis proton dan aku dimaklumkan bahawa hos pecah. Akhirnya kena jugak aku keluarkan RM195 untuk kos minyak enjin. Sebelum berlaku kebocoran ni aku baru je servis dan tukar minyak enjin. Aku kena bayar RM210,tak mengapalah,memang dah sepatutnya. Baru guna 1000 km berlaku minyak bocor, aku kena bayar jugak ke? Kereta aku masih dalam warranty lagi. Aku suarakan kepada staf yang uruskan hal masalah kereta aku tu, tapi dia kata dia pun tak boleh nak buat apa-apa sebab dia cuma makan gaji je. Jadi kepada bos-bos di atas tu kaji kajilah tengok patut ke macam ni. Jagalah pelanggan anda. Kalau sebelum beli kereta semuanya elok, selepas beli pun macam tu lah yang kami nak. Bolehlah saya warwarkan kepada saudara-mara dan sahabat handai.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































































