25 December 2010

Hadir ke BOP Akademi Taipan 181 di Safira Country Club pada 15 Disember 2010. CDM Wan Mahadzi dari Kuala Lumpur adalah salah seorang drp beberapa orang CDM yang turut hadir pada malam tu. Selepas majlis tamat aku tidak melepaskan peluang utk mengabadikan kenangan bersama CDM Wan Mahadzi di Safira Country Club. Selepas ini aku berpindah ke negeri kelahiranku, Terengganu. Tidak dapat lagi aku hadir ke Safira Country Club setiap minggu seperti sebelum ini.

24 December 2010

AKADEMI TAIPAN 181


Selepas kelas pengukuhan utk pengedar-pengedar Hai-o group Taipan 181 di stokis Hai-O Bukit Jambul, P.Pinang pada 25 Nov 2010. Makan sambil berbual tentang bisnes bersama CDM Fitri,pemimpin hebat kawasan utara.

09 December 2010

MENJADI ORANG HEBAT

10 KEPERCAYAAN UTAMA /CORAK PEMIKIRAN ORANG HEBAT
1. Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
2. Daya yang menetukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
3. Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
4. Terdapat hikmah di sebalik kepayahan.
5. Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
6. Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
7. Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
8. Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
9. Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
10. Anda memerlukan sokongan dan kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

06 December 2010

Anugerah CDM 2010 - 4 Disember 2010

Sambutan Ulang Tahun Ke 18 Hai-O Marketing Sdn Bhd Dan Penyampaian Anugerah Crown Diamond Manager (CDM) 2010.

Sambutan Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dan Penyampaian Anugerah CDM 2010 adalah yang pertama kali aku hadir selepas lebih 3 bulan aku menyertai Hai-O di bawah Kumpulan Taipan 181. Aku bersama rakan-rakan bertolak dengan 2 buah bas pada pukul 7.00 pagi 4 Disember 2010 dari Seberang Jaya, Seberang Perai, P.Pinang.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sedang menyampaikan ucapan perasmian di pentas utama.


Di luar stadium, ketika usahawan-usahawan Hai-O dan para hadirin mula tiba.

Di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam...baru sampai.

Sebahagian dari pemandangan di pekarangan Stadium Malawati.

Sebahagian lagi pemandangan di pekarangan stadium.

Aku bersama rakan-rakan kongsi (downline) aku yang dikasihi.

Sebahagian dari pemandangan di dalam stadium ketika berlangsungnya majlis.

En.David Lau mengacarakan majlis untuk segmen pembukaan dan penutup. Beliau juga mengendalikan segmen cabutan tiket bertuah di mana hadiah utama merupakan sebuah kereta Suzuki Swift VVT DOHC 1.5A/T. Hadiah kedua sebuah motorsikal Kawasaki Ninja KRR ZX150 dan 50 hadiah lain.

CDM Abdul Manab bin Hasan (Paksu Manab), anggota Taipan 181 Utara merupakan salah seorang penerima anugerah pada tahun ini.

Sekitar 7 ribu orang telah memenuhi ruang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sebahagian para CDM bergambar kenangan.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER