08 April 2020

DRON YANG HILANG

DJI Phantom 3 Professional, itulah jenama dan model dron (quadcopter) aku yang ke-4 dan ke-5. Dron ke-4 aku beli dan terima pada 17 Februari 2017, malangnya pada awal Julai 2017 ia telah mendapat kemalangan semasa terbang di Bukit Tumbuh kerana kesilapan aku sendiri. Dron ke-5 aku beli dan terima pada 17 Julai 2017. Setelah berkhidmat selama lebih kurang setahun dua bulan, akhirnya ia lesap dalam satu peristiwa yang tak disangka-sangka pada 30 September 2018 di Ladang, Kuala Terengganu. Dron yang diletakkan di atas boot kereta untuk sementara, akhirnya semasa nak bertolak balik, aku terlupa untuk menyimpannya ke dalam kereta. Setengah jam selepas itu baru aku teringat semula. Bila aku dapati memang sah dron tidak ada di dalam kereta, dengan sepantas yang boleh aku menuju semula ke tempat tadi. Malang sekali, puas aku cari tidak juga berjumpa. Aku juga bertanya orang yang berada di situ, mereka kata tak nampak...tak tahu. Kalau difikirkan, untuk keluar dari tempat aku pakir kereta mesti kena buat U-turn (jalan masuk dan keluar tempat tu berbentuk huruf U). Jadi, aku confirm dron mesti terjatuh di situ atau sekitar dekat-dekat situ je...tak pergi jauh. Aku yakin ada seseorang telah menemui dan mengambilnya. Biarlah...akhirnya aku redha je lah, dah tidak ada rezeki nak buat macam mana, kan.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER