20 November 2015

SK ULU TAWAR SK BAKAI SK SERI INAS SK KG SHUKOR SK TAPU SK PASIR TINGGI

 Antara bekas murid yang masih berhubung hingga kini walaupun tidak dapat bersua muka. Dari sudut positif, inilah kebaikan dengan adanya media sosial. Malangnya ramai manusia zaman ini yang ghairah menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah hinggakan ke tahap fitnah melampau.
      Apapun kepada semua bekas anak muridku tidak kira di mana berada, di Kedah atau di Terengganu atau di mana-mana sahaja kini, yang berjaya atau kurang berjaya mahupun yang tidak berjaya, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mengingati dan menghargai keringat saya dulu walaupun bukan itu yang diminta.
      Semoga suatu hari kita semua diketemukan semula dalam suasana gembira dan meriah...amin


11 November 2015

Pengalaman Baru di SK Pasir Tinggi

                                          Bersama pasukan bola keranjang SK Pasir Tinggi

      Satu pengalaman baru telah ku lalui di sekolah ini setelah 26 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik di sekolah rendah. Tahun ini baru lebih tiga bulan aku bertugas di sekolah ini yang mana satu-satunya sekolah rendah yang berkecimpung dalam sukan bola keranjang di daerah ini.
      Tanggal 5-7 November yang lalu, bertempat di SJKC Kwang Hwa, Dungun, Terengganu, telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang Bawah 11 Tahun Peringkat Negeri Terengganu disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. Seperti yang kita semua maklum, di Malaysia sukan ini adalah amat sinonim dengan kaum Cina. Dalam kejohanan kali ini sebahagian besar pesertanya adalah dari sekolah cina yang hebat-hebat prestasinya.
      Namun, aku amat berbangga dengan pencapaian pasukan SK Pasir Tinggi yang telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan, mengalahkan pasukan sekolah-sekolah Cina. Walaupun aku bukan jurulatih maupun penolong jurulatih, tetapi aku yang merupakan salah seorang guru yang diarahkan untuk menghantar dan mengiringi pasukan tetap merasa puas dengan pencapaian sekolah ini di mana sukar ditemui jika bertugas di sekolah kebangsaan (SK).
      Semoga tahun hadapan SK Pasir Tinggi akan mencapai kejayaan yang lebih besar...inshaallah..
                                                                  Aamiinn..

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER