27 November 2012

Parkir di 'Bandar' Kuala Berang

Kuala Berang adalah sebuah bandar kecil yang menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan di daerah Hulu Terengganu, iaitu salah satu daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman. Jika dibuat perbandingan lima tahun dahulu dengan sekarang, didapati bandar ini telah mengalami perubahan yang agak ketara. Banyak bangunan komersial baru dibina, struktur jalanraya begitu juga bangunan pejabat-pejabat kerajaan. Dari segi lalulintas pula, apa yang saya lihat memang sangat jelas pertambahan kenderaan yang mendadak bertali arus di jalanraya. Petak-petak parkir sentiasa dipenuhi kenderaan setiap kali saya ke Kuala Berang kerana sesuatu urusan. Sungguh menguji kesabaran bila mencari petak parkir di Kuala Berang. Bercakap tentang parkir, saya rasa terkilan mengapakah terdapat sederet gerai menjual buah-buahan berhadapan deretan bangunan yang menempatkan bank-bank dan berbagai-bagai jenis kedai. Gerai-gerai buah tersebut dahulunya ditempatkan di situ kerana Pasar Besar Kuala Berang yang lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan pasar yang baru. Namun selepas bangunan pasar baru telah lama siap dan telah pun dibuka kepada orang ramai, peniaga buah tersebut masih berniaga di gerai sementara di mana sepatutnya boleh dijadikan tempat parkir. Peniaga-peniaga barang lain termasuklah restoran sudah pun menjalankan operasi mereka di pasar baru. Yang menghairankan, tiada apa-apa tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sedangkan setiap hari pemandu-pemandu pening kepala mencari parkir kosong lebih-lebih lagi pada hari Sabtu dan Rabu kerana dua hari tersebut terdapat aktiviti pekan sari/sehari di Kuala Berang. Harap Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) akan segera mengatasi masalah ini.







02 November 2012

Antara menutup aurat dan merokok

Kita selalu mendengar dan terpandang iklan atau promosi tentang keburukan dan bahaya merokok,samada di televisyen,radio,ceramah maupun di akhbar-akhbar. Semua itu amat berguna demi kebaikan kita semua agar terhindar dari penyakit yang berpunca dari rokok.
Namun,apa yang saya terkilan dan pelik ialah mengapa tidak dilakukan perkara sama dalam mengekang dan menghapuskan budaya mendedahkan aurat yang semakin parah di kalangan kaum wanita. Gejala ini adalah seperti tidak menutup rambut,memakai baju dan seluar ketat lagi sendat yang menyerlahkan bentuk tubuh seolah-olah tidak berpakaian, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG. Mengapa ini tidak diperangi sebagaimana dalam hal rokok...mengapa?
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan  silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER