22 January 2008


Berkat kesabaran akhirnya aku berjaya juga dalam SRP pada tahun 1981 dan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4 Sains 2 dan seterusnya mengambil SPM pada 1983. Pada Januari 2008 aku berpeluang menjenguk semula SMJC(CRS) yang kini tidak lagi menjadi sekolah menengah seperti dulu kerana telah dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Pelajar dipindahkan ke dua buah sekolah yang baru berdekatan dan diberi nama SMK Cochrane dan SMK Cochrane Perkasa.

Begitu juga dengan Asrama Felda,bangunannya yang aku diami dulu sudah tidak ujud lagi...sedih jugak rasanya. Ianya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan dan penghuninya dipindahkan sementara ke Jalan Pahang.

Ada sekitar 20 orang budak Felda yang ditempatkan belajar di sini. Kami dipanggil "budak felda" oleh warga sekolah ini. Tahun pertama aku rasa tertekan belajar di sini. Manakan tidaknya,inilah kali pertama berpisah dengan keluarga...jauh pulak tu. Tambah pulak di sekolah dia orang semua speaking,masa tu aku mana reti speaking. Hampir semua cikgu mengajar guna bahasa Inggeris. Masa tu aku baru je tamat sekolah rendah di SK Peroh,Ajil,Hulu Terengganu tiba-tiba masuk sekolah menengah di KL. Budak-budak dia semuanya speaking tak kira bila masa...pening aku.


Sekolah Menengah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Di sinilah tempat aku menimba ilmu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (1979-1983). Berbagai kenangan pahit dan manis di lalui di sini terutama sekali semasa di Tingkatan 1 dan 2. Maklumlah masa tu aku baru saja menjejakkan kaki di KL , datang dari sebuah rancangan FELDA di Terengganu dan tinggal di Asrama Felda di Ampang/Hulu Kelang.

07 December 2007

Memahami Erti Sebenar Menutup Aurat


Wanita pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal
mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, samada mereka berpakaian atau tidak, sama juga.
Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.
Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat tetapi sukar dikategorikan sebagai mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.
Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.
Untuk mendapat perhatian orangramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.
Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.
Selain terbabit dengan amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek di kalangan wanita zaman sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutamanya wanita, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.
Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita zaman sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?
Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita zaman sekarang ini adalah amalan wanita zaman jahiliah? Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?
Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka. Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka. Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."

06 December 2007

Monsoon Cup 2007

Rakyat tempatan dan asing yang datang menyaksikan pertandingan berprestij dan bertaraf dunia ini memeriahkan lagi suasana.


Sebahagian daripada para penonton yang membanjiri Pulau Duyong untuk menyaksikan Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun 2007 iaitu penganjuran bagi tahun ke tiga.

09 November 2007

DATARAN SYAHBANDAR


Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu menghadap muara Sungai Terengganu dan Laut China Selatan. Banyak acara-acara penting diadakan di sini ditambah pula dengan pemandangan yang indah dapat disaksikan. Dari sini juga dapat menyaksikan perlumbaan kapal layar Piala Monsun (Monsoon Cup) yang diadakan pada setiap hujung tahun.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER