28 December 2012

Mandi kali pertama

26 Disember 2012, Preve aku dimandikan buat kali pertama di JWS Autospa, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.



21 December 2012

Harta terbaru

20 Disember 2012...tarikh aku bawak balik Proton Preve dari Proton/EON kt Padang Midin, Kuala Terengganu setelah hampir dua minggu menunggu siapnya proses pendaftaran. Asalnya jurujual kt proton/eon tu kata lebih kurang lima hari mesti dah boleh bawak balik kereta ni. Setelah lebih seminggu, dia kata proses jadi lambat sebab masalah sistem komputer di hq proton. Katanya lagi Proton dalam proses penukaran sistem. Mahu tak mahu aku terpaksalah terima alasan tu dengan hati terbuka...tak jadi masalah pun bagi aku.



11 December 2012

Bertukar tempat bertugas - SK Tapu

Tanggal 1 Januari 2013, maka bermulalah secara rasminya tugas aku di SK Tapu yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah terbaik di negeri Terengganu dalam UPSR 2012 dengan 16 murid mendapat 5A daripada 20 orang calon. Tahun 2013 menanti aku dengan tugas mencabar untuk mengekal atau meningkatkan lagi prestasi sekolah ini. Yang pastinya, seperti apa yang telah dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar dalam pertemuan singkat dengan beliau pagi tadi, ramai guru dari sekolah-sekolah lain akan datang ke sekolah ini untuk melihat sendiri program dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.













10 December 2012

Kenderaan kedua

Modenas Kriss MR1 dengan kuasa 100cc menjadi pilihan untuk dimiliki sebagai kenderaan keduaku. Mula menjadi milikku pada tanggal 18 Oktober 2012, dibeli di sebuah kedai motorsikal di Pekan Ajil, Hulu Terengganu.

27 November 2012

Parkir di 'Bandar' Kuala Berang

Kuala Berang adalah sebuah bandar kecil yang menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan di daerah Hulu Terengganu, iaitu salah satu daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman. Jika dibuat perbandingan lima tahun dahulu dengan sekarang, didapati bandar ini telah mengalami perubahan yang agak ketara. Banyak bangunan komersial baru dibina, struktur jalanraya begitu juga bangunan pejabat-pejabat kerajaan. Dari segi lalulintas pula, apa yang saya lihat memang sangat jelas pertambahan kenderaan yang mendadak bertali arus di jalanraya. Petak-petak parkir sentiasa dipenuhi kenderaan setiap kali saya ke Kuala Berang kerana sesuatu urusan. Sungguh menguji kesabaran bila mencari petak parkir di Kuala Berang. Bercakap tentang parkir, saya rasa terkilan mengapakah terdapat sederet gerai menjual buah-buahan berhadapan deretan bangunan yang menempatkan bank-bank dan berbagai-bagai jenis kedai. Gerai-gerai buah tersebut dahulunya ditempatkan di situ kerana Pasar Besar Kuala Berang yang lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan pasar yang baru. Namun selepas bangunan pasar baru telah lama siap dan telah pun dibuka kepada orang ramai, peniaga buah tersebut masih berniaga di gerai sementara di mana sepatutnya boleh dijadikan tempat parkir. Peniaga-peniaga barang lain termasuklah restoran sudah pun menjalankan operasi mereka di pasar baru. Yang menghairankan, tiada apa-apa tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sedangkan setiap hari pemandu-pemandu pening kepala mencari parkir kosong lebih-lebih lagi pada hari Sabtu dan Rabu kerana dua hari tersebut terdapat aktiviti pekan sari/sehari di Kuala Berang. Harap Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) akan segera mengatasi masalah ini.







02 November 2012

Antara menutup aurat dan merokok

Kita selalu mendengar dan terpandang iklan atau promosi tentang keburukan dan bahaya merokok,samada di televisyen,radio,ceramah maupun di akhbar-akhbar. Semua itu amat berguna demi kebaikan kita semua agar terhindar dari penyakit yang berpunca dari rokok.
Namun,apa yang saya terkilan dan pelik ialah mengapa tidak dilakukan perkara sama dalam mengekang dan menghapuskan budaya mendedahkan aurat yang semakin parah di kalangan kaum wanita. Gejala ini adalah seperti tidak menutup rambut,memakai baju dan seluar ketat lagi sendat yang menyerlahkan bentuk tubuh seolah-olah tidak berpakaian, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG. Mengapa ini tidak diperangi sebagaimana dalam hal rokok...mengapa?
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan  silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.

19 September 2012

Harga Makanan di Terengganu

Char kuew teow sepinggan RM5.00 di Kuala Terengganu...mahal atau biasa atau murah?


30 June 2012

Belajar bahasa Inggeris

"Can you borrow me some money?" (salah)...sepatutnya "Can you lend me some money?"
"Can you chop this letter?" (salah)...sepatutnya "Can you stamp this letter?"
"On your laptop". (salah)...sepatutnya "Turn on your laptop".
"Please open the fan". (salah)...sepatutnya "Please switch on the fan".
"Can you repeat again?" (salah)...sepatutnya "Can you repeat that?"
"Burning bread" (salah)...sepatutnya "A slice of toast".
"We follow car". (salah)...sepatutnya "We will go by car".

28 May 2012

Paya Bunga Square(PB Square), K.Trganu

Kalau mengikut jadual, Julai 2013 nanti projek ini akan siap. Gambar kiri adalah gambaran artis(pelukis) manakala gambar kanan adalah gambar sebenar pembinaan dirakam pada Februari 2012.

INFO

Paya Bunga Square 19 tingkat ini menawarkan sebuah podium perniagaan, sebuah menara hotel, sebuah menara pejabat dan tempat letak kereta bertingkat. Terletak di atas tapak seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar).

Komponen bangunan yang akan dibina mengandungi seperti berikut:-

A) Blok Podium
Blok Podium 4 tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah mengandungi ruang-ruang kegunaan yang berikut:-
  1. Ruang niaga yang terletak di tingkat bawah hingga tingkat 3 mengandungi 124 unit ruang niaga dengan keluasan setiap lot di antara 159.52 kaki persegi hingga 1832.66 kaki persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 65,496 kaki persegi.
  2. Restoran tertutup di tingkat 5 dan restoran terbuka di tingkat 6. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 6,794 kaki persegi.
  3. Tempat letak kereta di tingkat bawah tanah dan tingkat 2 hingga 6 berjumlah 452 petak, manakala tempat letak motosikal 221 petak.
B) Menara Pejabat
Ruang Pejabat sebanyak 24 unit yang terletak di tingkat 7 hingga tingkat 18 dengan keluasan lantai  dengan keluasan setiap unit di antara 8,123 kaki persegi hingga 9,169 kaki persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai 79,260 kaki persegi. 

C) Menara Hotel
Ruang hotel terletak di tingkat 7 hingga 18 dengan jumlah keluasan lantai 264,847 kaki persegi. Hotel yang dicadangkan mengandungi:-
  • 199 bilik dengan
  • kemudahan sebuah dewan seminar  yang boleh memuatkan 400 orang.
  • 3 bilik seminar
  • 2 bilik majlis kecilan
  • 2 bilik persalinan
  • Kolam mandi dengan keluasan 600 meter persegi
  • Bilik persalinan
  • Bilik terapi dan Sauna
  • Bilik permainan
  • Gimnasium
  • Restoran.
  • Ruang lobi dan pejabat pentadbiran




02 May 2012

Benji Lim vs Anwar

Sidang media Anwar mengenai perhimpunan Bersih 3.0 kecoh apabila aktivis Bersih mempertikai  tindakan parti pembangkang dalam perhimpunan tersebut.

17 February 2012

Grateful to be Malaysian citizen

One day in a restaurant, I was enjoying nescafe ice. I overheard conversation that is lively between restaurant proprietor with a friend. Conversation on Malaysian advantage relatively neighbouring country that the many people come find income here. They used to live in the neigbouring country. They had elapsed itself how difficult him live there. In area that is not far from town, road still not tarred. Electricity in a limited house for 800 watt only. In school, seat that child sit should be paid rent. School building such as 60s year if in Malaysia and all sorts of more. In conclusion, I am very grateful become a Malaysian.
 Gambar hiasan - bumi Malaysia nan permai.

10 February 2012

Anak saudara kahwin


Aku dan rombongan dengan sebuah bas dan sembilan buah kereta,tiba di Machang lebih kurang jam 12.45 tengahari, 10hb.Februari 2012. Kami berkumpul di Masjid Labok dan bersolat Jumaat di situ. Selesai solat Jumaat kami bertolak ke rumah keluarga pengantin lelaki yang tidak jauh dari situ.Selesai menjamu selera dan berbual seketika,kami bertolak balik ke Terengganu.







31 January 2012

21 December 2011

OneClique - Welcome to OneClique

OneClique - Welcome to OneClique
Satu lagi laman sosial baru telah muncul di dunia internet. Kali ini dua orang pemuda dari Kuantan, Pahang telah berjaya menghasilkannya dengan fungsi-fungsi yang mengujakan.

11 December 2011

Cabaran Besar

     Hari ini, Ahad 11 Disember 2011, hitam putih berkaitan hak penjagaan ke atas anakku masih belum selesai. Anak perempuanku berusia 14 tahun sudah muktamad membuat pilihannya sendiri untuk menetap bersamaku dan bersekolah di sini. Sekolah pun sudah dipilihnya sendiri. Sekolah yang paling dekat dengan tempat tinggal di sini iaitu 10 minit berkereta.
     Yang menjadi halangannya sekarang, ibunya yang menetap di Kedah bersama suami barunya berkeras tidak memberi keizinan kepada anakku untuk tinggal bersamaku. Bermatian-matian dia mahukan anak tinggal bersamanya, sedangkan anak sendiri enggan.
     Hari Rabu, 7 Disember 2011, aku sudah pun mengirim kepada bekas isteri, dokumen bertulis yang aku tolong karang di mana menyatakan persetujuannya untuk aku menjaga anakku itu dan ditandatanganinya seterusnya diposkan semula kepadaku untuk dikepilkan bersama Borang Permohonan Pertukaran Sekolah yang akan dikemukakan kepada sekolah semasa tempat anakku belajar.
     Namun, sehingga saat ini dokumen itu belum lagi tiba semula di sini. Aku kirimkan kepada bekas isteri tempohari menggunakan pos ekspres sebuah syarikat courier agar sampai ke destinasinya dengan segera. Aku juga telah sertakan satu sampul surat bersetem untuk memudahkan dia poskan kembali kepadaku. Masa semakin suntuk sekarang. Permohonan pertukaran sekolah tidak dapat diteruskan selagi belum ada dokumen kebenaran penjagaan anak dari si ibu.
    Andai kata dia tetap berkeras dan tidak dapat diubah lagi, aku terpaksa juga bawa kes ini ke mahkamah tinggi syariah di mana pihak mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada pilihan anak itu sendiri kerana usianya sudah melebihi 9 tahun.
     Seboleh-bolehnya aku mahu selesaikan masalah ini di luar mahkamah saja, dengan cara baik. Anak buat keputusan untuk tinggal bersama aku, jadi aku sebagai bapa kandungnya amat berbesar hati untuk menjaganya. Tiada langsung niat untuk 'merampas' anak dari ibunya. Walaupun dalam jagaan aku nanti, tiada halangan untuk ibunya berjumpa dengan anak bila-bila masa pun atau mengambil anak balik ke rumahnya ketika cuti sekolah.
     Jika dibawa ke mahkamah, kes ini mengambil masa yang panjang untuk selesai tambahan pula dia tinggal jauh dari sini dengan masa perjalanan selama 8 atau 9 jam untuk sampai. Jika dia tidak dapat hadir, perbicaraan akan ditangguh. Lagi pun, ini semua akan melibatkan peguam dan kosnya pula.
     Aku amat berharap agar dia dapat berlembut dan menghormati keputusan anak. Buanglah sikap egonya yang hanya mahu orang lain menuruti semua kehendaknya itu. Lagi pun, perceraian ini berlaku pun atas permintaannya. Anak tinggal bersama bapanya bukan bermakna anak itu membuang ibunya. Untuk tinggal sebumbung, mustahil kerana ibu dan bapa sudah bercerai. Mahu tak mahu anak terpaksa memilih satu antara dua, ibu atau bapa untuk dia tinggal. Inilah yang terjadi kepada semua anak yang ibubapanya bercerai.
     Kesimpulannya, kita kenalah menghormati keputusan anak-anak.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER