30 January 2013
24 January 2013
03 January 2013
28 December 2012
Mandi kali pertama
26 Disember 2012, Preve aku dimandikan buat kali pertama di JWS Autospa, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.
21 December 2012
Harta terbaru
20 Disember 2012...tarikh aku bawak balik Proton Preve dari Proton/EON kt Padang Midin, Kuala Terengganu setelah hampir dua minggu menunggu siapnya proses pendaftaran. Asalnya jurujual kt proton/eon tu kata lebih kurang lima hari mesti dah boleh bawak balik kereta ni. Setelah lebih seminggu, dia kata proses jadi lambat sebab masalah sistem komputer di hq proton. Katanya lagi Proton dalam proses penukaran sistem. Mahu tak mahu aku terpaksalah terima alasan tu dengan hati terbuka...tak jadi masalah pun bagi aku.
11 December 2012
Bertukar tempat bertugas - SK Tapu
10 December 2012
Kenderaan kedua
Modenas Kriss MR1 dengan kuasa 100cc menjadi pilihan untuk dimiliki sebagai kenderaan keduaku. Mula menjadi milikku pada tanggal 18 Oktober 2012, dibeli di sebuah kedai motorsikal di Pekan Ajil, Hulu Terengganu.
27 November 2012
Parkir di 'Bandar' Kuala Berang
Kuala Berang adalah sebuah bandar kecil yang menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan di daerah Hulu Terengganu, iaitu salah satu daerah dalam negeri Terengganu Darul Iman. Jika dibuat perbandingan lima tahun dahulu dengan sekarang, didapati bandar ini telah mengalami perubahan yang agak ketara. Banyak bangunan komersial baru dibina, struktur jalanraya begitu juga bangunan pejabat-pejabat kerajaan. Dari segi lalulintas pula, apa yang saya lihat memang sangat jelas pertambahan kenderaan yang mendadak bertali arus di jalanraya. Petak-petak parkir sentiasa dipenuhi kenderaan setiap kali saya ke Kuala Berang kerana sesuatu urusan. Sungguh menguji kesabaran bila mencari petak parkir di Kuala Berang. Bercakap tentang parkir, saya rasa terkilan mengapakah terdapat sederet gerai menjual buah-buahan berhadapan deretan bangunan yang menempatkan bank-bank dan berbagai-bagai jenis kedai. Gerai-gerai buah tersebut dahulunya ditempatkan di situ kerana Pasar Besar Kuala Berang yang lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan pasar yang baru. Namun selepas bangunan pasar baru telah lama siap dan telah pun dibuka kepada orang ramai, peniaga buah tersebut masih berniaga di gerai sementara di mana sepatutnya boleh dijadikan tempat parkir. Peniaga-peniaga barang lain termasuklah restoran sudah pun menjalankan operasi mereka di pasar baru. Yang menghairankan, tiada apa-apa tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Sedangkan setiap hari pemandu-pemandu pening kepala mencari parkir kosong lebih-lebih lagi pada hari Sabtu dan Rabu kerana dua hari tersebut terdapat aktiviti pekan sari/sehari di Kuala Berang. Harap Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) akan segera mengatasi masalah ini.
02 November 2012
Antara menutup aurat dan merokok
Kita selalu mendengar dan terpandang iklan atau promosi tentang keburukan dan bahaya merokok,samada di televisyen,radio,ceramah maupun di akhbar-akhbar. Semua itu amat berguna demi kebaikan kita semua agar terhindar dari penyakit yang berpunca dari rokok.
Namun,apa yang saya terkilan dan pelik ialah mengapa tidak dilakukan perkara sama dalam mengekang dan menghapuskan budaya mendedahkan aurat yang semakin parah di kalangan kaum wanita. Gejala ini adalah seperti tidak menutup rambut,memakai baju dan seluar ketat lagi sendat yang menyerlahkan bentuk tubuh seolah-olah tidak berpakaian, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG. Mengapa ini tidak diperangi sebagaimana dalam hal rokok...mengapa?
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.
Mereka dengan tidak merasa bersalah dan tidak segan silu, berlumba-lumba memperagakan tubuh mereka di khalayak ramai seolah-olah perbuatan mereka itu tidak menjadi suatu kesalahan sedangkan ianya adalah haram sama sekali, tiada kompromi sama seperti minum arak atau makan daging babi.
19 September 2012
18 September 2012
30 June 2012
Belajar bahasa Inggeris
"Can you chop this letter?" (salah)...sepatutnya "Can you stamp this letter?"
"On your laptop". (salah)...sepatutnya "Turn on your laptop".
"Please open the fan". (salah)...sepatutnya "Please switch on the fan".
"Can you repeat again?" (salah)...sepatutnya "Can you repeat that?"
"Burning bread" (salah)...sepatutnya "A slice of toast".
"We follow car". (salah)...sepatutnya "We will go by car".
28 May 2012
Paya Bunga Square(PB Square), K.Trganu
Kalau mengikut jadual, Julai 2013 nanti projek ini akan siap. Gambar kiri adalah gambaran artis(pelukis) manakala gambar kanan adalah gambar sebenar pembinaan dirakam pada Februari 2012.
INFO
Paya Bunga Square
19 tingkat ini menawarkan sebuah podium perniagaan, sebuah menara hotel, sebuah
menara pejabat dan tempat letak kereta bertingkat. Terletak di atas tapak
seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar).
Komponen bangunan yang akan dibina mengandungi seperti berikut:-
A) Blok
Podium
Blok Podium 4
tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah mengandungi
ruang-ruang kegunaan yang berikut:-
- Ruang niaga yang terletak di tingkat bawah hingga tingkat 3 mengandungi 124 unit ruang niaga dengan keluasan setiap lot di antara 159.52 kaki persegi hingga 1832.66 kaki persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 65,496 kaki persegi.
- Restoran tertutup di tingkat 5 dan restoran terbuka di tingkat 6. Jumlah keseluruhan luas lantai adalah 6,794 kaki persegi.
- Tempat letak kereta di tingkat bawah tanah dan tingkat 2 hingga 6 berjumlah 452 petak, manakala tempat letak motosikal 221 petak.
B) Menara
Pejabat
Ruang Pejabat
sebanyak 24 unit yang terletak di tingkat 7 hingga tingkat 18 dengan keluasan
lantai dengan keluasan setiap unit di antara 8,123 kaki persegi hingga
9,169 kaki persegi. Jumlah keseluruhan luas lantai 79,260 kaki persegi.
C) Menara
Hotel
Ruang hotel
terletak di tingkat 7 hingga 18 dengan jumlah keluasan lantai 264,847 kaki
persegi. Hotel yang dicadangkan mengandungi:-
- 199 bilik dengan
- kemudahan sebuah dewan seminar yang boleh memuatkan 400 orang.
- 3 bilik seminar
- 2 bilik majlis kecilan
- 2 bilik persalinan
- Kolam mandi dengan keluasan 600 meter persegi
- Bilik persalinan
- Bilik terapi dan Sauna
- Bilik permainan
- Gimnasium
- Restoran.
- Ruang lobi dan pejabat pentadbiran
10 May 2012
02 May 2012
Benji Lim vs Anwar
02 March 2012
Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai
Sama-samalah kita baca dan mengambil iktibar.
Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai | iluvislam.com discover the beauty of islam
Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai | iluvislam.com discover the beauty of islam
Peringatan Buat Para Isteri
Hanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan para pembaca sekalian. Sama-samalah kita jadikannya sebagai bahan untuk kita renungkan.
Peringatan Buat Para Isteri | iluvislam.com discover the beauty of islam
Peringatan Buat Para Isteri | iluvislam.com discover the beauty of islam
17 February 2012
Grateful to be Malaysian citizen
One day in a restaurant, I was enjoying nescafe ice. I overheard conversation that is lively between restaurant proprietor with a friend. Conversation on Malaysian advantage relatively neighbouring country that the many people come find income here. They used to live in the neigbouring country. They had elapsed itself how difficult him live there. In area that is not far from town, road still not tarred. Electricity in a limited house for 800 watt only. In school, seat that child sit should be paid rent. School building such as 60s year if in Malaysia and all sorts of more. In conclusion, I am very grateful become a Malaysian.
Gambar hiasan - bumi Malaysia nan permai.
Gambar hiasan - bumi Malaysia nan permai.
10 February 2012
Anak saudara kahwin
Aku dan rombongan dengan sebuah bas dan sembilan buah kereta,tiba di Machang lebih kurang jam 12.45 tengahari, 10hb.Februari 2012. Kami berkumpul di Masjid Labok dan bersolat Jumaat di situ. Selesai solat Jumaat kami bertolak ke rumah keluarga pengantin lelaki yang tidak jauh dari situ.Selesai menjamu selera dan berbual seketika,kami bertolak balik ke Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)















