10 August 2008

TUGAS GURU ZAMAN INI

Aku minat dan sayang profesion keguruan yang aku ceburi ini. Kerana itu aku sanggup kurangkan masa tidur aku demi menyempurnakan pengajaranku di kelas keesokannya,sebaik mungkin. Ditambah pula dengan sokongan sebuah komputer riba yang dibekalkan pihak kementerian. Semangatku berkobar-kobar untuk memberikan persembahan yang dapat menarik minat murid-murid belajar bahasa Inggeris menggunakan multimedia.
Bagaimanapun,akhir-akhir ini aku rasa bagaikan terlalu letih untuk terus mengekalkan momentum kerja seperti dulu. Aku tidak lagi punya banyak waktu seperti suatu ketika dulu untuk menyiapkan persembahan-persembahan multimedia bagi menarik minat dan memudahkan penerimaan murid dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Ini adalah lantaran aku, seperti jugak guru-guru lain zaman ini, kelihatannya harus mengutamakan kerja-kerja seperti seorang kerani atau seorang pekerja pejabat. Banyak fail dan kertas-kertas dokumentasi yang harus ditangani untuk dikirim ke pihak atasan.
Lalu, masuklah aku ke kelas dengan persediaan yang aku sendiri tidak berpuashati dan keluar dari kelas di akhir pengajaran dengan hati yang terbuku dan terkilan kerana tidak dapat menyampaikan yang terbaik kepada anak didikku, anak bangsaku.

No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER