22 December 2015

Pertukaran

Hurrmm...bertukar lagi.
Tanggal 1 Januari 2016 sekali lagi aku akan memulakan sesi persekolahan baru di sekolah baru iaitu SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Sekolah ini adalah yang terbesar pernah aku mengajar, dengan jumlah muridnya menjangkau lebih seribu orang. Lima buah sekolah yang aku mengajar sebelum ini semuanya sekolah kecil dengan murid hanya tidak sampai pun tiga ratus orang. Bahkan, satu sekolah tu kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).
      Semoga aku diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan ini dalam mendidik anak-anak bangsa menuju mercu kejayaan. Seperkara lagi, mungkin inilah sekolah yang akan aku mengajar hingga bersara...harap-harap begitulah.


No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER