06 August 2016

Syma X8HG di atas sawah_Terengganu, Malaysia

Kali kedua menerbangkan dron ini setelah menerimanya menerusi pembelian di atas talian(online shopping - Lazada) pada 3 Ogos (Rabu) yang lalu. Alhamdulillah semuanya lancar dan selamat. Dapat rakam foto dan video keindahan alam kurniaan Allah swt dari udara dengan kualiti gambar yang baik dengan menggunakan kamera HD Syma 8MP yang disertakan dalam pakej pembelian (termasuk SD Card 4GB). Kawalannya pun terasa mudah dan lebih yakin berbanding dron yang digunakan sebelum ini, Syma X5SW kerana Syma X5SW adalah lebih kecil dan ringan dengan harga yang sekali ganda lebih murah daripada Syma X8HG. Ianya amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dan ingin belajar menerbangkan dron.

No comments:

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER