07 July 2016

1 Syawal 1437H / 6 Julai 2016

 1 Syawal 1437H kali ini jatuhnya pada hari Rabu bersamaan 6 Julai 2016. Tahun ini temanya magenta, yang dirancang saat-saat akhir je sebenarnya.















11 June 2016

Ke Ipoh dan Kedah - urusan anak-anak.

Hari Khamis 2 Jun 2016 bertolak ke Ipoh untuk melawat Along yang sudah hampir empat bulan di sana menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat berkaitan geologi.
     Bermalam di Meru, Ipoh sebelum bertolak ke Sungai Petani, Kedah keesokannya.
     Hari Jumaat 3 Jun 2016 bertolak ke Sungai Petani, Kedah untuk menjemput Adik balik ke Terengganu setelah hampir dua bulan tinggal bersama Uminya di sana. Keinginannya sendiri untuk balik menetap di Terengganu, tak serasi katanya tinggal di Sungai Petani.
     Bermalam di rumah Abg Pa pula hari ini. Sahabat lama yang sangat baik ketika aku bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Inas enam tahun dulu. Selama lapan belas tahun aku di sekolah itu, banyak kenangan pahit manis terukir dan terpahat kukuh di sanubari hingga saat ini dan mungkin selamanya. Jutaan terima kasih Abg Pa, Mak Wa, Kak Yong dan Faiz di atas layanan terbaik kalian.
     Hari Sabtu 4 Jun 2016 bertolak balik ke Terengganu. In shaa Allah ada kelapangan, ada rezeki, lain kali akan bertandang lagi ke bumi Kedah Darulaman. Banyak lagi rumah sahabat dan kenalan yang sudah  seperti saudara dekat yang sangat-sangat ingin di ziarahi tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Maafkan saya Abg Deris & keluarga di Ulu Bakai, Baling, Jep & Uda di Sg.Petani, Uteh & Firdaus di Kulim,  Kak Ti/Abg Majid & keluarga di Karangan, Kulim, bekas-bekas anak murid(yang sudah menjadi seperti sahabat sekarang ini) di Kg.Ulu Tawar dan Bakai, Baling. In shaa Allah suatu hari nanti saya akan sampai lagi...in shaa Allah.













06 March 2016

Rakan kongsi pertama Tone Excel

Tanggal 4 Mac 2016 (Jumaat...hari yang berkat), aku berjaya mendaftarkan seorang sahabatku menjadi keluarga Tune Talk Tone Excel. Beliau merupakan orang pertama menjadi downline aku. Mudah-mudahan selepas ini akan datang berduyun-duyun untuk menjadi downline aku...in shaa Allah.



Kepada yang berminat uutuk mendapatkan simkad dan menjadi ahli Tone Excel seterusnya menjana pendapatan dari telefon bimbit anda, sila SMS atau WHATSAPP saya di 017-9181396 sekarang juga.


29 December 2015

Mesyuarat Pertama di SK Teluk Ketapang

Hari ini 29 Disember 2015, hadir ke mesyuarat guru kali pertama sesi 2016 di sekolah tempat bertugas baru. Jarak dari rumah hanyalah 10.6km sahaja. Hari ini dapatlah aku tahu jumlah guru di sekolah ini. Semua sekali 68 orang guru. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

22 December 2015

Pertukaran

Hurrmm...bertukar lagi.
Tanggal 1 Januari 2016 sekali lagi aku akan memulakan sesi persekolahan baru di sekolah baru iaitu SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Sekolah ini adalah yang terbesar pernah aku mengajar, dengan jumlah muridnya menjangkau lebih seribu orang. Lima buah sekolah yang aku mengajar sebelum ini semuanya sekolah kecil dengan murid hanya tidak sampai pun tiga ratus orang. Bahkan, satu sekolah tu kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).
      Semoga aku diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan ini dalam mendidik anak-anak bangsa menuju mercu kejayaan. Seperkara lagi, mungkin inilah sekolah yang akan aku mengajar hingga bersara...harap-harap begitulah.


20 November 2015

SK ULU TAWAR SK BAKAI SK SERI INAS SK KG SHUKOR SK TAPU SK PASIR TINGGI

 Antara bekas murid yang masih berhubung hingga kini walaupun tidak dapat bersua muka. Dari sudut positif, inilah kebaikan dengan adanya media sosial. Malangnya ramai manusia zaman ini yang ghairah menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah hinggakan ke tahap fitnah melampau.
      Apapun kepada semua bekas anak muridku tidak kira di mana berada, di Kedah atau di Terengganu atau di mana-mana sahaja kini, yang berjaya atau kurang berjaya mahupun yang tidak berjaya, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mengingati dan menghargai keringat saya dulu walaupun bukan itu yang diminta.
      Semoga suatu hari kita semua diketemukan semula dalam suasana gembira dan meriah...amin


11 November 2015

Pengalaman Baru di SK Pasir Tinggi

                                          Bersama pasukan bola keranjang SK Pasir Tinggi

      Satu pengalaman baru telah ku lalui di sekolah ini setelah 26 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik di sekolah rendah. Tahun ini baru lebih tiga bulan aku bertugas di sekolah ini yang mana satu-satunya sekolah rendah yang berkecimpung dalam sukan bola keranjang di daerah ini.
      Tanggal 5-7 November yang lalu, bertempat di SJKC Kwang Hwa, Dungun, Terengganu, telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang Bawah 11 Tahun Peringkat Negeri Terengganu disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan. Seperti yang kita semua maklum, di Malaysia sukan ini adalah amat sinonim dengan kaum Cina. Dalam kejohanan kali ini sebahagian besar pesertanya adalah dari sekolah cina yang hebat-hebat prestasinya.
      Namun, aku amat berbangga dengan pencapaian pasukan SK Pasir Tinggi yang telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan, mengalahkan pasukan sekolah-sekolah Cina. Walaupun aku bukan jurulatih maupun penolong jurulatih, tetapi aku yang merupakan salah seorang guru yang diarahkan untuk menghantar dan mengiringi pasukan tetap merasa puas dengan pencapaian sekolah ini di mana sukar ditemui jika bertugas di sekolah kebangsaan (SK).
      Semoga tahun hadapan SK Pasir Tinggi akan mencapai kejayaan yang lebih besar...inshaallah..
                                                                  Aamiinn..

04 October 2015

MALAYSIA DILANDA JEREBU TERUK

Hari Isnin dan Selasa iaitu 5 dan 6 haribulan Oktober 2015 telah diarahkan semua sekolah di Malaysia ditutup kecuali Sabah, Sarawak dan Kelantan akibat gejala jerebu yang semakin teruk sejak beberapa minggu lalu. Bacaan IPU menunjukkan bacaan melebihi skala 100 iaitu tidak sihat.


02 August 2015

Pertukaran mengejutkan - permainan siapa?

Tanggal 13 Julai 2015, aku menerima surat arahan pertukaran ke SK Pasir Tinggi. Lusanya, 15 Julai 2015 aku ke SK Pasir Tinggi untuk melapordiri sebagaimana diarahkan. Bagaimanapun, semasa berjalan menuju pejabat aku terserempak dengan Teacher Jamilah, salah seorang guru Bahasa Inggeris di SK Pasir Tinggi. Beliau mengenalkan diri dan memberitahu  beliau enggan bertukar ke SK Tapu sepertimana arahan dalam surat yg beliau terima. Rupa-rupanya beliaulah guru (yang juga mengajar Bahasa Inggeris) SK Pasir Tinggi yang diarahkan bertukar ke SK Tapu. Bermakna, guru Bahasa Inggeris SK Tapu ditukarkan ke SK Pasir Tinggi dan guru Bahasa Inggeris SK Pasir Tinggi ditukarkan ke SK Tapu. Pertukaran atas dasar apakah ini? Aku tak faham.
     

18 July 2015

Hari Raya Aidilfitri













1 Syawal 1436H tahun ini bersamaan 17 Julai 2015. Beraya di Gong Badak.

SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER