02 June 2017

Progres di Ladang













Progres di muara

                                                             Jambatan angkat dan Menara MBKT
Progres pembinaan jambatan angkat (drawbridge) dan bangunan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 24 Mei 2017.

08 December 2016

Flying above Kuala Terengganu

Pemandangan sekitar sebahagian Bandaraya Kuala Terengganu dari udara dengan menggunakan kamera DJI dan quadcopter drone DJI Phantom 3 Standard, dalam bulan Disember 2016. Sebahagian lagi pemandangan yang lain akan dimuatnaik kemudian nanti insyaAllah.

28 November 2016

DJI Phantom 3 Standard Quadcopter Drone

DJI Phantom 3 Standard nama diberi, seunit Quadcopter Drone yang ku oder melalui pembelian atas talian dari Lazada telah selamat ku terima pada 8 September 2016 iaitu pada hari ketiga penghantarannya.
Keesokannya barulah aku cuba menerbangkan dron ini setelah mendapat penerangan dan tunjuk ajar dari sahabat yang telah lama terlibat dalam bidang ini, Cikgu Hanafie.
        Selepas itu aku mengorak langkah untuk memahirkan tangan dan jariku untuk mengawal dengan sebaik mungkin bagi mendapat gambar dan footage yang baik dengan menggunakan dron ini.









Model Syma X8HG adalah dron yang ku guna sebelum beralih/upgrade kepada DJI Phantom 3 Standard. Model ini bukanlah secanggih DJI Phantom 3 Standard, tetapi sesuai untuk mengenal dan belajar perihal dron semasa di peringkat permulaan menceburi bidang ini.

10 August 2016

SYMA X8HG shoots beautiful view at Tepoh

Syma X8HG showed me the beautiful of the area. There are several
abandoned man-made lakes in the area which produced soil for making
bricks long time ago.

06 August 2016

Syma X8HG di atas sawah_Terengganu, Malaysia

Kali kedua menerbangkan dron ini setelah menerimanya menerusi pembelian di atas talian(online shopping - Lazada) pada 3 Ogos (Rabu) yang lalu. Alhamdulillah semuanya lancar dan selamat. Dapat rakam foto dan video keindahan alam kurniaan Allah swt dari udara dengan kualiti gambar yang baik dengan menggunakan kamera HD Syma 8MP yang disertakan dalam pakej pembelian (termasuk SD Card 4GB). Kawalannya pun terasa mudah dan lebih yakin berbanding dron yang digunakan sebelum ini, Syma X5SW kerana Syma X5SW adalah lebih kecil dan ringan dengan harga yang sekali ganda lebih murah daripada Syma X8HG. Ianya amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dan ingin belajar menerbangkan dron.

kuala terengganu

Video ini memaparkan Bandaraya Kuala Terengganu dari udara. 
Telah dirakamkan dalam bulan September 2015 iaitu kira-kira setahun yang lalu. Jadi banyak yang terpapar dalam video ini telah pun berubah pada hari ini.


Kredit kepada : aircanvas aerial untuk perkongsian video ini.

07 July 2016

1 Syawal 1437H / 6 Julai 2016

 1 Syawal 1437H kali ini jatuhnya pada hari Rabu bersamaan 6 Julai 2016. Tahun ini temanya magenta, yang dirancang saat-saat akhir je sebenarnya.















11 June 2016

Ke Ipoh dan Kedah - urusan anak-anak.

Hari Khamis 2 Jun 2016 bertolak ke Ipoh untuk melawat Along yang sudah hampir empat bulan di sana menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat berkaitan geologi.
     Bermalam di Meru, Ipoh sebelum bertolak ke Sungai Petani, Kedah keesokannya.
     Hari Jumaat 3 Jun 2016 bertolak ke Sungai Petani, Kedah untuk menjemput Adik balik ke Terengganu setelah hampir dua bulan tinggal bersama Uminya di sana. Keinginannya sendiri untuk balik menetap di Terengganu, tak serasi katanya tinggal di Sungai Petani.
     Bermalam di rumah Abg Pa pula hari ini. Sahabat lama yang sangat baik ketika aku bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Inas enam tahun dulu. Selama lapan belas tahun aku di sekolah itu, banyak kenangan pahit manis terukir dan terpahat kukuh di sanubari hingga saat ini dan mungkin selamanya. Jutaan terima kasih Abg Pa, Mak Wa, Kak Yong dan Faiz di atas layanan terbaik kalian.
     Hari Sabtu 4 Jun 2016 bertolak balik ke Terengganu. In shaa Allah ada kelapangan, ada rezeki, lain kali akan bertandang lagi ke bumi Kedah Darulaman. Banyak lagi rumah sahabat dan kenalan yang sudah  seperti saudara dekat yang sangat-sangat ingin di ziarahi tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Maafkan saya Abg Deris & keluarga di Ulu Bakai, Baling, Jep & Uda di Sg.Petani, Uteh & Firdaus di Kulim,  Kak Ti/Abg Majid & keluarga di Karangan, Kulim, bekas-bekas anak murid(yang sudah menjadi seperti sahabat sekarang ini) di Kg.Ulu Tawar dan Bakai, Baling. In shaa Allah suatu hari nanti saya akan sampai lagi...in shaa Allah.













SELAMAT DATANG

FUEL CONTROLLER